≡ Menu

Sunat-sunat Ketika Duduk Antara Dua Sujud

Sunat-sunat Ketika Duduk Antara Dua Sujud

TAKBIR BANGUN DARI SUJUD

Disunatkan bangun dari sujud dengan mengucapkan takbir dan tidak sunat diangkat akan kedua tangan.

Kemudian hendaklah dia duduk yaitulah dinamakan duduk antara dua sujud.

Berkata Imam Nawawi :

والسنة : أن يكبر لجلوسه ويبتدئ التكبير من حين يبتدئ رفع الرأس ويمده إلى أن يستوي جالسا فيكون مده أقل من مد تكبيرة الهوي من الاعتدال إلى السجود

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Artinya : “Dan yang sunnah bahawa takbir seorang itu bagi duduknya itu dan memulai ucapan takbir dari ketika memulai angkat kepala (dari sujud) dan bekekalan takbir itu sampai ia duduk dengan betul. Maka sunat bahawa ukuran panjang takbirnya itu lebih pendek dari takbir ketika turun dari iktidal kepada sujud.” (Kitab Al-Majmu’)

CARA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Cara duduk yang afdhal ialah duduk iftirasy yaitu punggung diletak atas kaki yang kiri manakala tapak kaki yang kanan didirikan dengan jari-jari kaki dilipatkan dan mengarahnya ke kiblat.

Jika duduk seorang ketika ini akan duduk yang lain dari duduk iftirasy maka tidak batal sembahyangnya kerana cara duduk ini bukanlah rukun tetapi duduk ifitrasy adalah afdhal.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini :

أَنَّ هَذَا نَوْعٌ مِنْ الْإِقْعَاءِ مُسْتَحَبٌّ، وَالِافْتِرَاشُ أَفْضَلُ مِنْهُ

Artinya “ “Bahawasanya cara duduk ketika duduk antara dua sujud ini adalah disunatkan dan yang afdhal ialah duduk iftirasy.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)

Umar bin Khatab r.a. berkata :

ﻣِﻦْ ﺳُﻨَّﺔِ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺃَﻥْ ﺗَﻨْﺼِﺐَ ﺍﻟْﻘَﺪَﻡَﺍﻟْﻴُﻤْﻨَﻰ، ﻭَﺍﺳْﺘِﻘْﺒَﺎﻟُﻪُ ﺑِﺄَﺻَﺎﺑِﻌِﻬَﺎ ﺍﻟْﻘِﺒْﻠَﺔَﻭَﺍﻟْﺠُﻠُﻮﺱُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻴُﺴْﺮَﻯ

Artinya : “Termasuk sunnah sembahyang ialah bahawa menegakkan tapak kaki yang kanan dan mengadapkan segala jari-jarinya ke kiblat dan duduk atas kaki yang kiri.” (Hadit riwayat Nasaai)

BACA:  Zakat Fitrah Orang Tidak Mampu

KEDUDUKAN TANGAN DAN JARI

Sunat meletakan tapak tangan kanan di atas paha yang kanan manakala tapak tangan yang kiri di atas paha yang kiri.

Dan sunat bahawa segala hujung jari tangannya dekat hujung kedua lutut melurus ke arah kiblat.

Berkata Imam Nawawi :

ويستحب أن يضع يديه على فخذيه قريبا من ركبتيه منشورتي الأصابع وموجهة إلى القبلة

Artinya : “Dan disunatkan bahawa meletakkan kedua tangannya atas kedua pahanya dekat dengan dua lututnya dalam keadaan segala jari terhanjur arah kiblat.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)

Menurut pendapat yang paling sahih disunatkan merapatkan segala jari tangannya ketika diletakkan di atas paha itu.

BACAAN KETIKA DUDUK

Kemudian sunat di baca akan doa duduk antara dua sujud yang datang dalam beberapa hadith.

Antaranya doanya ialah :

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّي

Artinya : Wahai Tuhanku ampunkan aku dan kasihkan aku dan tampung kekuranganku dan angkatkan aku dan rezekikan aku dan tunjukkan aku dan sihatkan aku dan maafkan aku.

Maksud doa ini sebagaimana disebut olih ulama ialah :

رَبِّ اغْفِرْلِيْ
سؤال اللَّه المغفرة، وهو محو الذنوب، وسترها عن الناس

Artinya : Memohon kepada Allah akan keampunan yaitulah dihapuskan segala dosa dan menutupnya dari pengetahuan manusia.

وَارْحَمْنِيْ
أي تعطَّف عليَّ

Artinya : Berlembutlah wahai Allah ke atasku.

وَاجْبُرْنِيْ
سأل اللَّه أن يجبره لما فيه سدّ حاجته، وأن يردَّ عليه ما ذهب من خير، وأن يعوّضه
Artinya : Permohonan kepada Allah bahawa menampung apa yang kurang pada segala hajat kehidupan dan dikembalikan apa yang baik yang telah hilang dan menggantikannya.

وَارْفَعْنِيْ
سأل اللَّه أن يرفع قدره في الدنيا والآخرة

Artinya : Permohonan kepada Allah bahawa mengangkat olih Allah akan kedudukannya di dunia dan akhirat.

BACA:  Menelan Sisa Makanan, Adakah Batal Puasa?

وَارْزُقْنِيْ
أعطني ما ينفعني عطاءً واسعاً بما يغنيني عن سواك، من الرزق الحلال أستعين به على القيام بالتكاليف المطلوبة

Artinya : Kurniakan akan daku kurniaan yang memberi guna akan daku sebagai kurniaan yang luas dengan apa yang mengkayakan aku dari selain-Mu daripada rezeki yang halal yang aku dapat bertolong dengannya atas mendirikan kewajipan yang diperintahkan.

وَاهْدِنِيْ
أرشدني ووفقني للحق الذي الصلاح فيه الحال

Artinya : Tunjuk dan bimbinglah aku dan jadikan aku selari dengan kebenaran yang elok padanya segala kelakuan.

وَعَافِنِيْ
أي سلّمني من جميع الآفات، والفتن، والنجاة من البلايا والمحن في الدين والدنيا والآخرة

Artinya : Selamatkan aku wahai Allah dari segala kebinasaan dan segala fitnah dan berilah kelepasan dari segala bala dan ujian pada agama dan di dunia serta akhirat.

وَاعْفُ عَنِّي

artinya : Memohon kemaafan daripada Allah dari segala salah dan silap.

MAKRUH DIAM TANPA MEMBACA

Jika seorang itu diam sahaja ketika duduk antara dua sujud ini tanpa membaca sebarang doa maka sembahyangnya sah dan tidak disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum salam tetapi sengaja meninggalkan membaca doa ini adalah makruh kerana Rasulullah saw selalu membacanya.

Duduk antara dua sujud ini adalah termasuk rukun yang pendek olih itu tidaklah seorang itu memanjangkan duduknya melainkan sekejap sahaja.

Berkata Imam Nawawi :

وينبغي أن لا يطوله طولا فاحشا ، فإن طوله ففي بطلان صلاته خلاف

Artinya : “Dan sayugia bahawa tidak melamakan duduk akan sebagai lama yang keji (melampau). Maka jika dilamakan duduknya maka pada batal atau tidak sembahyangnya itu ada perselisihan ulama.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab)

Wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel