≡ Menu

Meninggal Ketika Keluar Mencari Nafkah, Adakah Dikira Syahid

Meninggal Ketika Keluar Mencari Nafkah, Adakah Dikira Syahid

Apabila bercakap mengenai mati syahid, pasti ramai yang menginginkannya kerana ia termasuk dalam salah satu kategori mati yang baik, iaitu Husnul Khatimah.

Umum mengetahui bahawa mati syahid bukanlah hanya berfokus kepada mati ketika dalam perang untuk menegakkan agama Islam sahaja. Namun, mati syahid ialah apabila seseorang itu meninggal ketika hendak memperjuangkan sesuatu kebaikan.

Sebagai contoh, ibu yang meninggal ketika melahirkan anak atau orang yang meninggal dengan sebab lemas dan sebagainya sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis sahih mengenai lima kematian yang dianggap sebagai syahid.

Maksud: “Terdapat lima jenis kematian yang dianggap syahid, iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” (HR Bukhari, no. 652)

Menurut Imam Nawawi, lima jenis kematian ini dianggap syahid kerana kematian mereka tidak sama dengan kematian biasa. Ia juga bermaksud kerana seksaan yang mereka alami adlaah lebih sakit berbanding dengan sakit yang lain, disebabkan itu mereka telah diberi syahid akhirat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Syahid akhirat di sini membawa maksud mereka yang syahid bukan di medan perang. Mereka juga dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang syahid di dunia, iaitu orang yang syahid di medan perang.

Jadi, jenazahnya perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan seperti biasa sebagaimana jenazah lain. (Syarah Nawawi, ‘ala Muslim, 2/164)

Menurut penjelasan dari ulama pula, syahid terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu; syahid dunia dan akhirat, syahid dunia dan yang ketiga adalah syahid akhirat.

#1 – Syahid dunia dan akhirat bermaksud orang yang syahid dalam peperangan atau ketika menegakkan syiar Islam dengan niat untuk mendapatkan reda Allah semata-mata.

BACA:  Kisah Nabi Sulaiman Lupa Mengucapkan Insya Allah

#2 – Syahid dunia pula ialah mereka yang meninggal ketika dalam peperangan tetapi menghalangnya daripada mendapat syahid akhirat kerana tujuannya yang salah seperti berniat perang untuk mendapat harta rampasan atau nama sahaja.

#3 – Syahid akhirat ialah syahid yang terjadi bukanlah di medan perang tetapi yang disebutkan dalam hadis di atas.

Bagaimana pula dengan mereka yang meninggal ketika menuju ke tempat kerja dengan meniatkan untuk mencari nafkah kepada ahli keluarganya?

Melihat kepada penerangan daripada Mufti Wilayah, orang yang meninggal kerana mencari nafkah juga tergolong dalam orang yang mendapat ganjaran syahid akhirat.

Ini kerena, keluar untuk mencari rezeki adalah termasuk dalam perbuatan amal soleh yang dituntut oleh agama dan ia termasuk dalam husnul khatimah, iaitu kematian yang baik.

Syeikh Abd Rahman al-‘Asimi – “Di antara golongan yang mendapat syahid akhirat ialah orang yang mati ketika sedang menuntut ilmu sama ada melalui penulisan, pengajaran atau menghadiri majlis ilmu. Dan Imam Al-Ahjuri mengatakan bilangannya sehingga 30 golongan, dan di antaranya juga orang yang keluar mencari nafkah untuk orang yang di bawah tanggungannya.” (Hasyiyah al-Raudh al-Murabba’, 3/55)

Walaupun ada sebahagian ulama yang menyebut bahawa ia bukan tergolong dalam syahid, namun ia termasuk dalam husnul khatimah kerana perbuatannya yang mulia untuk mencari nafkah kepada keluarga sendiri.

Wallahu a’alam.

 

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel