≡ Menu

Siapa Mandikan Jenazah Nabi Adam, Kitab yang Diturunkan Dari Langit & Masjid Pertama Dibina di Bumi

Siapa Mandikan Jenazah Nabi Adam, Kitab yang Diturunkan Dari Langit & Masjid Pertama Dibina di Bumi

Soalan :

Soalan saya siapakah yang memandikan jenazah Nabi Adam ketika baginda meninggal dunia?

Ada berapa jumlah semuanya kitab yang telah diturunkan olih Allah kepada para Nabi?

Masjid apakah yang pertama dibina di atas muka bumi ini?

JAWAPAN :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

YANG MANDIKAN JENAZAH NABI ADAM

Ketika Nabi Adam a.s. wafat para malaikat yang memandikan jenazahnya dan menanamnya.

Telah diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab r.a. dari Nabi saw bersabda :

لَمَّا تُوُفِّيَ آدَمُ غَسَّلَتْهُ الْمَلَائِكَةُ بِالْمَاءِ وِتْرًا وَأَلْحَدُوا لَهُ وَقَالُوا: هَذِهِ سُنَّةُ آدَمَ فِي وَلَدِهِ

Artinya : “Ketika diwafatkan Nabi Adam a.s. para malaikat telah memandikan jenazahnya dengan air dengan bilangan ganjil dan membuat liang lahad baginya dan berkata malaikat : Inilah sunnah Nabi Adam pada sekelian anak-anaknya.” (Hadith riwayat At-Tabarani dan Al-Hakim)

JUMLAH KITAB YANG DITURUNKAN

Kitab yang telah diturunkan olih Allah Taala kepada Nabi dan Rasul-Nya ialah empat buah kitab yaitu Al-Quran dan Injil dan Taurat dan Zabur.

Dan diturunkan pula helaian-helaian atau suhuf yang mengandungi wahyu daripada Allah Taala kepada Nabi Syis lima puluh suhuf dan Nabi Idris tiga puluh suhuf dan Nabi Ibrahim sepuluh suhuf dan Nabi Musa selain Taurat sepuluh suhuf.

Telah diriwayatkan daripada Abu Zarr r.a. beliau telah bertanya akan Nabi saw akan jumlah kitab-kitab yang telah diturunkan. Sabda Nabi saw :

مِئَةُ كِتَابٍ، وَأَرْبَعَةُ كُتُبٍ: أُنْزِلَ عَلَى شِيثَ خَمْسُونَ صَحِيفَةً، وَأُنْزِلَ عَلَى أخْنُوخَ ثَلاثُونَ صَحِيفَةً، وَأُنْزِلَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَشْرُ صَحَائِفَ، وَأُنْزِلَ عَلَى مُوسَى قَبْلَ التَّوْرَاةِ عَشْرُ صَحَائِفَ، وَأُنْزِلَ التَّوْرَاةُ وَالإنْجِيلُ وَالزَّبُورُ وَالْفُرْقَانُ

Artinya : “Seratus empat buah kitab semuanya. Diturunkan ke atas Syis lima puluh suhuf dan diturunkan ke atas Akhnuh (Nabi Idris) tiga puluh suhuf dan diturunkan ke atas Nabi Ibrahim sepuluh suhuf dan diturunkan ke atas Nabi Musa sebelum Taurat sepuluh suhuf dan diturunkan akan kitab Taurat dan Injil dan Zabur dan Al-Furqan (Al-Quran).” (Hadith riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Mardawaih dan Ibnu Asakir)

BACA:  Kisah Rasulullah Pernah Disihir Dan Sebab Turun Surah Al-Falaq

MASJID PERTAMA DIBINA

Firman Allah Taala :

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكاً وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ

Artinya : “Sungguhnya rumah ibadah pertama yang dibina bagi manusia ialah di negeri Mekah yang sangat berkat menjadi pertunjuk kepada sekelian alam.” (Ali-Imran : 96)

Telah datang dalam beberapa hadith menyebut bahawa masjid yang pertama dibina di bumi ialah Masjid Al-Haram di Mekah.

Telah diriwayatkan daripada Ibrahim At-Taimi dari bapanya dari Abu Zarr r.a. berkata :

يَا رَسُول اللَّهِ! أَيُّ مَسْجِدٍ وُضِعَ فِي الأَرْضِ أَوَّل؟ . قَالَ: ” الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ “. قُلْتُ: ثُمَّ أَيُّ؟ [قَالَ] : ” ثُمَّ الْمَسْجِدُ الأَقْصَى “. قَالَ: قُلْتُ: كَمْ بَيْنَهُمَا؟ . قَالَ: أَرْبَعُونَ سَنَةً وَأَيْنَمَا أَدْرَكَتْكَ الصَّلاةُ فَصَلِّ فَهُوَ مَسْجِدٌ “.

Artinya : “Wahai Rasulullah! Masjid manakah yang pertama dibina di muka bumi? Sabdanya : Masjid Haram. Tanyaku lagi : Kemudian masjid mana? Jawabnya : Kemudian masjid Al-Aqsa. Aku bertanya lagi : Berapa jarak masa antara kedua masjid itu? Jawabnya : Empat puluh tahun. Bila masa sahaja kamu mendapat waktu solat maka solatlah. Maka itulah tempat solat.” (Hadith riwayat Muslim dan diriwayatkan juga olih Bukhari dan lainnya.)

wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel