≡ Menu

Nabi Adam AS Makan Buah Terlarang Kerana Dipujuk Hawa Hanya Mitos

Nabi Adam AS Makan Buah Terlarang Kerana Dipujuk Hawa Hanya Mitos

Kisah Nabi Adam AS dan pasangannya Hawa memakan buah yang dilarang dalam syurga ialah kisah zaman-berzaman yang diimani oleh umat Islam. Dalam kisah ini, dipaparkan bagaimana syaitan menghasut Nabi Adam dan Hawa untuk makan buah yang telah dilarang oleh Allah SWT.

Antara versi lain yang didengari ialah Nabi Adam AS telah terpujuk dengan desakan Hawa untuk makan buah larangan tersebut. Lalu kerana ingin menunaikan apa yang dipinta, maka akhirnya Nabi Adam AS juga telah makan buah itu.

Walau bagaimanapun, menurut hasil perkongsian Ustaz Adnin Roslan di Twitter nya, seorang penulis dan pendakwah berkelulusan Fiqh dan Usul, kisah tersebut ialah mitos yang dikutip daripada sumber bible. Antara petikan bible tersebut ialah:

“Perempuan itu melihat, bahawa buah pohon itu baik untuk dimakan dan sedap kelihatannya, lagi pula pohon itu menarik hati kerana memberi pengertian. Lalu ia mengambil dari buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga kepada suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan suaminya pun memakannya. Maka terbukalah mata mereka berdua dan mereka tahu, bahawa mereka telanjang lalu mereka menyemat daun pohon ara dan membuat cawat. Ketika mereka mendengar bunyi langkah Tuhan Allah, yang berjalan-jalan dalam taman itu pada waktu hari sejuk, bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap Tuhan Allah di antara pohon-pohonan dalam taman…” (Bible. Kejadian 3. 6-8)

Walau bagaimanapun, jika dilihat daripada nas sahih Al-Quran, disebutkan dengan jelas bahawa Iblis menggoda mereka berdua dan bukan salah seorang sahaja.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”. (Surah Al-‘Araf, 7:20)

BACA:  Siapa Mandikan Jenazah Nabi Adam, Kitab yang Diturunkan Dari Langit & Masjid Pertama Dibina di Bumi

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha 20:121)

Kerana peristiwa ini, kedua-duanya telah diturunkan ke dunia. Walau bagaimanapun, Allah telah menerima taubat mereka dan mempertanggung jawabkan pula dengan kehidupan di bumi.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel