≡ Menu

Apa Itu Karamah?..Benarkah Karamah Boleh Berlaku Pada Para Wali?

Apa Itu Karamah?..Benarkah Karamah Boleh Berlaku Pada Para Wali?

SOALAN :

Apakah arti karamah?

Benarkah karamah bolih berlaku pada para wali itu kerana ada orang Islam yang tidak percaya tentang karamah ini?

JAWAPAN :

ARTI KARAMAH

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Karamah artinya perkara yang luar dari kebiasaan yang berlaku atas hamba Allah yang sangat solih yang disebut sebagai wali-wali Allah.

Disebut karamah yang bermaksud kemuliaan yaitu Allah jadikan berlaku pada seseorang dari walinya kerana memuliakannya.

Berkata Imam As-Safarini :

الْكَرَامَةُ وَهِيَ أَمْرٌ خَارِقٌ لِلْعَادَةِ غَيْرُ مَقْرُونٍ بِدَعْوَى النُّبُوَّةِ وَلَا هُوَ مُقَدِّمَةٌ، يَظْهَرُ عَلَى يَدِ عَبْدٍ ظَاهِرِ الصَّلَاحِ، مُلْتَزِمٍ لِمُتَابَعَةِ نَبِيٍّ كُلِّفَ بِشَرِيعَتِهِ مَصْحُوبٍ بِصَحِيحِ الِاعْتِقَادِ وَالْعَمَلِ الصَّالِحِ، عَلِمَ بِهَا ذَلِكَ الْعَبْدُ الصَّالِحُ أَمْ لَمْ يَعْلَمْ

Artinya : “Bermula karamah itu ialah pekerjaan yang mencarik (menyalahi) bagi adat (kebiasaan) yang tidak disertakan dengan dakwaan nubuwwah dan tidak ketika permulaan. Berlaku atas tangan hamba yang melakukan kebaikkan yang sentiasa mengikut akan Nabi yang memikul akan syariatnya lagi sahih iktikadnya dan baik amalnya samada hamba yang solih itu tahu dengan karamah tersebut atau tidak tahu.” (Kitab Lawami’ul Anwaar)

Maksudnya karamah ialah berlaku perkara yang luar dari kebiasaan seorang manusia yang Allah jadikan berlaku pada hamba-hambanya yang disebut sebagai wali yaitu hamba Allah yang solih yang sahih akidahnya yang sentiasa melakukan amal kebaikkan dan menjunjung segala perintah yang datang dalam syariat Nabi Muhammad saw.

Jika berlaku perkara yang luar biasa itu pada tangan para Nabi dan Rasul maka ia dinamakan sebagai mukjizat sebagai bukti kebenaran seorang yang mendakwa sebagai Nabi.

Ada pun jika berlaku perkara yang luar biasa pada orang yang jahil maka itu bukannya karamah tetapi hanyalah tipu daya syaitan.

Berkata Imam As-Safarini :

وَإِنْ وُجِدَ الْخَارِقُ مِنْ نَحْوِ جَاهِلٍ فَهُوَ مَخْرَقَةٌ وَمَكْرٌ مِنْ إِبْلِيسَ وَإِغْوَاءٌ وَإِضْلَالٌ، وَلَا شَيْءَ عَلَى مَنْ ظَنَّ الْخَيْرَ بِمَنْ يَرَاهُ مِنْهُ

BACA:  Hukum Makan Semeja Dengan Orang Minum Arak

Artinya : “Dan jika dilihat perkara luar biasa terbit dari seorang yang jahil maka yaitu hanyalah tipu daya daripada iblis hendak menggoda dan menyesatkan dan tidak ada suatu atas orang yang menyangka akan kebaikkan dengan orang yang dia lihat perkara tersebut daripadanya.”

KARAMAH ADALAH BENAR BERLAKU

Berkata Imam Abu Hanifah :

والآيات ثَابِتَة للأنبياء والكرامات للأولياء حق واما الَّتِي تكون لأعدائه مثل ابليس وَفرْعَوْن والدجال فِيمَا رُوِيَ الْأَخْبَار أَنه كَانَ وَيكون لَهُم لَا نسميها آيَات وَلَا كرامات وَلَكِن نسميها قَضَاء حاجاتهم وَذَلِكَ لِأَن الله تَعَالَى يقْضِي حاجات اعدائه استدراجا لَهُم وعقوبة لَهُم فيغترون بِهِ ويزدادون طغيانا وَكفرا وَكله جَائِز مُمكن : الفقه الأكبر

Artinya : “Dan segala tanda kebenaran yang sabit bagi segala Nabi dan segala karamah bagi segala wali itu benar. Dan adapun yang ada berlaku bagi musuh-musuh Allah seumpama iblis dan firaun dan dajjal pada barang yang diriwayatkan akan segala khabar ia nya berlaku maka tidak kami namakan sebagai tanda-tanda kebenaran dan bukan pula karamah-karamah akan tetapi kami namakannya sebagai penunaian hajat mereka itu. Dan yang demikian itu dari kerana sungguhnya Allah Taala menunaikan juga hajat segala musuhnya sebagai istidraj bagi mereka itu dan sebagai siksaan bagi mereka nanti lalu mereka itu tertipu dengannya dan bertambahlah sesat mereka itu dan bertambah kufur dan sekelian itu adalah harus berlaku dan mungkin berlaku.” (Kitab Al-Fiqh Al-Akbar)

Maksudnya karamah yang berlaku pada para wali Allah itu adalah perkara yang benar tetapi jika berlaku perkara luar biasa itu pada pada musuh-musuh Allah maka ia dinamakan istidraj bukannya karamah.

Berkata Syeikh Al-Khalili As-Syafie :

هي واقعة وجائزة لهم – نفعنا الله بهم – أحياء وأمواتا، بقصد منهم وبغير قصد

BACA:  Isteri Enggan Menutup Aurat

Artinya : “Karamah itu berlaku ia dan harus ia bagi mereka itu (para Wali) samada ketika hidup atau ketika mati dan samada dengan qasad dari mereka itu atau dengan ketiadaan qasad.” (Kitab Fatawa Al-Khalili)

Ketahuilah bahawa karamah itu tidak wajib ada berlaku ia pada semua yang dinamakan wali tetapi sekira-kira kehendak Allah Taala sebagaimana mukjizat itu tidaklah berlaku pada semua Nabi.

Berkata Syeikh Syihabudin Ar-Ramli :

وَأَمَّا الْأَوْلِيَاءُ فَهِيَ كَرَامَةٌ لَهُمْ فَإِنَّ أَهْلَ الْحَقِّ عَلَى أَنَّهُ يَقَعُ مِنْ الْأَوْلِيَاءِ بِقَصْدٍ وَبِغَيْرِ قَصْدٍ أُمُورٌ خَارِقَةٌ لِلْعَادَةِ يُجْرِيهَا اللَّهُ تَعَالَى بِسَبَبِهِمْ

Artinya : “Dan adapun segala wali Allah itu maka yaitu karamah bagi mereka itu dari kerana sungguhnya orang-orang yang benar berjalan atas sungguh berlaku daripada segala wali itu samada dengan qasad atau tiada qasad perkara yang luar dari kebiasaan yang Allah Taala perlakukan karamah itu dengan sebab mereka itu.” (Kitab fatawa Ar-Ramli)

Dan jika Allah kehendaki berlakunya karamah itu pada barang mana wali yang Dia kehendaki maka berlaku ia samada wali itu lelaki atau perempuan.

Berkata Imam As-Safarini lagi :

وَالْحَاصِلُ أَنَّ الْكَرَامَةَ لَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ أَمْرًا خَارِقًا لِلْعَادَةِ، ((أَتَى)) ذَلِكَ الْخَارِقُ ((عَنْ)) امْرِئٍ ((صَالِحٍ)) وَهُوَ الْوَلِيُّ الْعَارِفُ بِاللَّهِ وَصِفَاتِهِ حَسْبَ مَا يُمْكِنُ، الْمُوَاظِبُ عَلَى الطَّاعَاتِ الْمُجْتَنِبُ عَنِ الْمَعَاصِي، الْمُعْرِضُ عَنْ الِانْهِمَاكِ فِي اللَّذَّاتِ وَالشَّهَوَاتِ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى

مَنْ كَانَ ((نَفَاهَا)) أَيْ كَرَامَاتِ الْأَوْلِيَاءِ، فَلَمْ يَقُلْ بِجَوَازِهَا فَضْلًا عَنْ وُقُوعِهَا ((مِنْ ذَوِي)) أَيْ أَصْحَابِ ((الضَّلَالِ)) وَالزَّيْغِ عَنْ نَهْجِ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالِاعْتِزَالِ،

Artinya : “Dan hasilnya sungguh karamah itu ialah perkara yang bersalahan dengan yang kebiasaan yang terbit ia dari seorang yang solih yaitu wali yang arif dengan Allah dan segala sifat-Nya sekira-kira barang yang mungkin yang sentiasa mengerjakan taat yang sentiasa menjauhkan dari sekelian maksiat yang berpaling dari tenggelam dalam kelazatan dan syahwat samada lelaki atau perempuan.

BACA:  Hukum Makan Daging Landak

Barangsiapa yang adalah dia menafikan berlaku karamah para wali itu dan tidak berkata dengan harus berlaku karamah istimewa pula berkata tidak pernah berlaku nescaya dia adalah setengah daripada golongan yang sesat dan tergelincir dari jalan ahlu sunnah.”

Berkata Syeikh Al-Khalili lagi :

، لا ينكرها إلا أحد رجلين إما سيئ الاعتقاد كالمعتزلة والزادلية، وإما كثير المعاصي والذنوب والغفلة، فلا يشاهدها منهم، فيؤدي ذلك إلى إنكارها، وإذا تأملت الكتاب والسنة وما نقل تواترا معنويا عن السلف والخلف، بل في كل عصر من الأعشار بل في كل يوم من الأيام؛ إذ ما من يوم إلا ويقع فيه كرامات لا تحصى ولا تعد، ولو جمعت لصارت تواترا معنوي

Artinya : “Tiadalah menginkari akan berlaku karamah itu melainkan dia salah satu dari dua jenis manusia yaitu samada dia itu orang yang keji iktikadnya seperti puak muktazilah dan zadaliah atau dia banyak melakukan maksiat dan dosa-dosa dan lalai maka tidak dapat menyaksikan karamah itu daripada mereka lalu mengheret yang demikian itu kepada menginkarinya. Dan apabila kamu memperhatikan akan Quran dan sunnah dan apa yang telah dinaqalkan secara muttawatir yang maknawi dari salaf dan khalaf bahkan berlaku pada setiap zaman bahkan pada setiap hari kerana tiada dari hari yang ada melainkan berlaku padanya karamah-karamah yang tidak dapat dihitung dan dibilang yang jikalau dihimpunkan nescaya akan jadilah berita yang tidak harus didustakan pada makna.” (Kitab Fatawa Al-Khalili)

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel