≡ Menu

Benarkah Hadir Majlis Tahlil Diampunkan Dosa?

Benarkah Hadir Majlis Tahlil Diampunkan Dosa?

SOALAN :

Selepas selesai sembahyang maghrib di sebuah surau imamnya telah memberikan tazkirah. Antara yang beliau sebut ialah siapa yang pergi ke masjlis tahlil walau pun dia orang fasiq akan diampunkan dosanya.

Adakah benar apa yang dikatakan oleh imam itu?

JAWAPAN :

Memang benar barangsiapa yang hadir ke tempat orang berzikir maka akan diampunkan dosanya samada majlis orang berselawat atau bertahlil atau bertasbih atau seumpamanya walau pun orang itu adalah orang yang fasiq.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tahlil artinya menyebut lafaz لاإله إلا الله maka ialah lafaz zikir yang paling afdhal diantara sekelian lafaz zikir yang ada.

Terlalu banyak dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang menyebut kelebihan orang yang bertahlil.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi saw baginda telah bersabda :

إِنَّ لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مَلَائِكَةً سَيَّارَةً ، فُضُلًا يَتَتَبَّعُونَ مَجَالِسَ الذِّكْرِ ، فَإِذَا وَجَدُوا مَجْلِسًا فِيهِ ذِكْرٌ قَعَدُوا مَعَهُمْ ، وَحَفَّ بَعْضُهُمْ بَعْضًا بِأَجْنِحَتِهِمْ ، حَتَّى يَمْلَئُوا مَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ السَّمَاءِ الدُّنْيَا ، فَإِذَا تَفَرَّقُوا عَرَجُوا وَصَعِدُوا إِلَى السَّمَاءِ ، قَالَ : فَيَسْأَلُهُمُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ، وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ : مِنْ أَيْنَ جِئْتُمْ ؟ فَيَقُولُونَ : جِئْنَا مِنْ عِنْدِ عِبَادٍ لَكَ فِي الْأَرْضِ ، يُسَبِّحُونَكَ وَيُكَبِّرُونَكَ وَيُهَلِّلُونَكَ وَيَحْمَدُونَكَ وَيَسْأَلُونَكَ ، قَالَ : وَمَاذَا يَسْأَلُونِي ؟ قَالُوا : يَسْأَلُونَكَ جَنَّتَكَ ، قَالَ : وَهَلْ رَأَوْا جَنَّتِي ؟ قَالُوا : لَا ، أَيْ رَبِّ قَالَ : فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْا جَنَّتِي ؟ قَالُوا : وَيَسْتَجِيرُونَكَ ، قَالَ : وَمِمَّ يَسْتَجِيرُونَنِي ؟ قَالُوا : مِنْ نَارِكَ يَا رَبِّ ، قَالَ : وَهَلْ رَأَوْا نَارِي ؟ قَالُوا : لَا ، قَالَ : فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْا نَارِي ؟ قَالُوا : وَيَسْتَغْفِرُونَكَ ، قَالَ : فَيَقُولُ : قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ فَأَعْطَيْتُهُمْ مَا سَأَلُوا ، وَأَجَرْتُهُمْ مِمَّا اسْتَجَارُوا ، قَالَ : فَيَقُولُونَ : رَبِّ فِيهِمْ فُلَانٌ عَبْدٌ خَطَّاءٌ ، إِنَّمَا مَرَّ فَجَلَسَ مَعَهُمْ ، قَالَ : فَيَقُولُ : وَلَهُ غَفَرْتُ هُمُ الْقَوْمُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

BACA:  Hukum Hadir ke Majlis Yang Hidang Arak

Artinya : “Sungguhnya bagi Allah Taala itu ada beberapa malaikat yang berjalan di serata bumi mencari akan tempat orang berzikir. Maka apabila mereka bertemu akan satu majlis yang ada berzikir padanya lalu mereka pun duduk bersama orang-orang yang berzikir itu.

Mereka saling meliputi setengah mereka akan setengahnya dengan sayap-sayap mereka sehingga mereka memenuhi dari antara tempat mereka duduk itu sampai ke langit dunia. Maka apabila orang-orang telah selesai dan pulang maka malaikat-malaikat itu semuanya naik semula ke langit dunia. Allah telah bertanya kepada mereka sedangkan Allah lebih mengetahuinya : Kamu sekelian dari mana? Jawab malaikat : Kami datang dari menghadiri hamba-hamba Mu di bumi. Hamba-hamba Mu itu bertasbih dan bertakbir dan bertahlil dan bertahmid dan berdoa kepada Mu. Firman Allah : Apakah yang mereka minta dari Ku? Jawab malaikat : Mereka meminta syurga Mu. Firman Allah : Adakah mereka telah melihat syurga Ku? Jawab malaikat : Tidak wahai Tuhan. Firman Allah : Bagaimanakah kalau mereka telah melihat syurga Ku? Kata malaikat : Mereka minta berlindung dengan-Mu? Firman Allah : Dari apa yang mereka minta berlindung itu? Jawab malaikat : Dari neraka Mu. Firman Allah : Adakah mereka telah melihat neraka Ku? Jawab malaikat : Tidak. Firman Allah : Bagaimana kalau mereka telah melihat neraka Ku? Kata malaikat : Mereka minta ampun dari Mu. Firman Allah : Sungguh Aku telah ampunkan mereka semua dan Aku telah tunaikan permintaan mereka dan Aku telah pelihara mereka dari apa yang mereka minta peliharakan itu. Kata malaikat : Wahai Tuhan. Dikalangan hamba-hamba Mu itu ada seorang lelaki yang jahat. Dia hanya lalu disitu kemudian dia duduk bersama mereka. Firman Allah : Aku juga telah ampunkan orang itu dan merekalah orang-orang yang tidak akan celaka siapa yang duduk bersama mereka.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

BACA:  Anak 8 tahun masih tidur bersama Ibu dan Ayah

Jelas pada hadith ini siapa yang pergi ia ke tempat orang bertahlil akan diampunkan dosanya dan diperkenankan doanya dan diberikannya syurga dan dipeliharanya dari neraka.

Berkata Imam Nawawi :

وَفِي هَذَا الْحَدِيثِ : فَضِيلَةُ الذِّكْرِ ، وَفَضِيلَةُ مَجَالِسِهِ ، وَالْجُلُوسِ مَعَ أَهْلِهِ ، وَإِنْ لَمْ يُشَارِكْهُمْ ، وَفَضْلُ مَجَالِسِ الصَّالِحِينَ وَبَرَكَتِهِمْ

Artinya : “Dan pada hadith ini menerangkan tentang keleibihan berzikir dan kelebihan majlis berzikir dan kelebihan duduk bersama orang yang berzikir sekalipun tidak sekumpulan dengan mereka dan kelebihan segala majlis orang soleh dan keberkatan mereka.” (Syarah Sahih Muslim)

Sungguhnya tempat orang bertahlil itu termasuk taman syurga sebagaimana datang dalam hadith.

Daripada Anas bin Malik r.a. Nabi saw bersabda :

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ ‏”‏ حِلَقُ الذِّكْرِ

Artinya : “Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka hendaklah kamu sekelian singgah. Berkata sahabat : Apakah yang dimaksudkan dengan taman syurga itu. Sabda Nabi saw : Tempat orang berzikir.” (Hadith riwayat Tirmizi)

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel