≡ Menu

Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa. Selanjutnya →

Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin; maksudnya: Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing Selanjutnya →

Dunia adalah jambatan akhirat.

Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa mengkehendaki balasan dunia, nescaya kami berikan bahagian dari balasan dunia ini kepadanya. Dan barangsiapa mengkehendaki balasan akhirat, maka kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu. Selanjutnya →

PERISTIWA hijrah Rasulullah s.a.w perlu dijadikan ukuran buat diri individu Muslim kerana ia mempamerkan kesungguhan serta pengorbanan umat Islam di Makkah ketika itu yang sanggup berkorban nyawa, harta benda demi mencari keredaan Allah s.w.t. Selanjutnya →

Salam Doktor! Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah? Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini? Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan. Selanjutnya →