≡ Menu

Seperti hari-hari bekerja yang lain, saya akan memulakan rutin harian dengan melakukan rondaan wad (ward round) bersama doktor-doktor muda dan para jururawat pada setiap pagi. Rutin ini adalah bertujuan untuk mempastikan perkhidmatan terbaik akan terus diberikan kepada semua pesakit di bawah kelolaan kami di Jabatan Perbidanan dan sakit Puan. Pertemuan dengan Puan NA di awal pagi ini amat menggugah hati saya sebagai seorang Muslim. Selanjutnya →

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Selanjutnya →

Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal  selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja. Selanjutnya →

Ketidaktentuan jantina vs kecelaruan identiti?

Kami adalah kakitangan dari Unit Pencegahan Maksiat, Jabatan Agama Islam Negeri. Dia ni adalah suspek wanita yang dikenali sebagai Katty, yang kami tangkap bersama pasangannya di Pangsapuri Melor pada awal pagi tadi. Namun apabila kad pengenalannya disemak, nama yang tertulis ialah Khairul Nizam (bukan nama sebenar) dan jantinanya adalah seorang lelaki. Bolehkah Doktor buat pemeriksa kesihatan dan sahkan jantina sebenar dia? Selanjutnya →

Mak ayah,

Aku menulis khas buat mak ayah yang disayangi. Banyak persoalan yang terbuku dihati. Untuk berterus terang, aku tak punya kekuatan. Untuk berbicara, lidahku kelu dengan kata-kata. Untuk bersemuka, berat untuk ku aturkan sebuah langkah. Yang mampu aku lakukan hanyalah menulis sebuah coretan yang ku hadiahkan khas buat mak ayah tersayang. Selanjutnya →