≡ Menu

Soalan:

Hello doktor. Saya berumur 42 tahun dan merupakan suri rumah, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai kebaikan spirulina. Saya sedang mencari suplemen tambahan untuk diamalkan setiap hari. Saya sudah mencuba pelbagai jenis suplemen tambahan tetapi satu pun seperti tiada memberi kesan terhadap badan saya dan saya turut mengalami komplikasi yang lain akibat daripada mengambil suplemen tersebut. Jadi, saya terus berhenti mengambil apa-apa suplemen tambahan. Tetapi, baru-baru ini, kawan saya ada mengesyorkan satu lagi suplemen yang dipanggil spirulina. Menurut kawan saya, spirulina ini mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. Tetapi saya masih ragu-ragu dengan keberkesanan spirulina ini. Selanjutnya →