Hari ini, barangan tiruan terutama yang berjenama popular begitu banyak di pasaran bebas. Kita boleh membelinya di pasar-pasar malam, pasaraya-pasaraya, melalui online di internet, malah juga di negara sempadan seperti Thailand. Apakah memiliki dan memakai barangan tituan seperti jam berjenama, pakaian dan kasut berjenama, beg berjenama dan sebagainya itu HARAM bagi umat Islam? Bagaimana pula si penjual yang membeli secara borong daripada China, Thailand dsb yang merupakan pusat pengeluaran barang-barang sebegini. Ikutilah kupasan pakar Islam dalam hal ini. Berikut adalah soalan yang sering diajukan diblog-blog agama popular tanahair seperti di Zaharuddin.net dan lain-lain blog seumpamanya.
