Berapa kerap anda rasa sesuatu yang tidak kena terjadi dalam kehidupan anda?
Anda merasa lemah tubuh badan, mudah beremosi tanpa sebab, ada rasa benci terhadap orang lain, fikiran yang serabut dan sering bermimpi perkara aneh secara berulang-ulang?
Mungkin anda merasakan ini perkara biasa dan tidak perlu dilayan sangat rasa-rasa sebegini. Ia mungkin permainan perasaan, atau pengaruh dari suasana sekeliling yang sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kehidupan anda.
Mungkin ya mungkin tidak.
Mungkin anda secara TIDAK SEDAR telah terkena gangguan SIHIR.
Ia tidak mengejutkan, kerana sejak ribuan tahun lalu sepanjang sejarah manusia, sihir ilmu hitam merupakan perkara yang benar wujud, masih diamalkan dan kekal sebagai senjata halus yang digunakan secara jahat untuk merosakkan manusia.
APA ITU GANGGUAN SIHIR?
Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan.
Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan yang jahat.
Gangguan sihir adalah termasuk Santau, Saka, Pukau dan dirasuk makhluk halus seperti Jin. Kesannya boleh menyebabkan mangsanya menderita sakit, rosak rumahtangga, gila dan hingga boleh menyebabkan kematian.
Gangguan juga boleh disebabkan kita tinggal satu rumah dengan makhluk halus.
Menakutkan?
Ya, sebab ia tidak mudah untuk dikesan dan diubati. Malah ia juga menjejaskan orang lain.
Namun, Kita bukanlah makhluk yang lemah.
Kita adalah hamba Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa. Kita adalah makhluk yang dikurniakan akal, nikmat iman dan kitab Al-Quran sebagai petunjuk.
InsyaaAllah, setiap penyakit ada penawarnya. Setiap musibah ada jalan penyelesaiannya.
MENGENALPASTI PETANDA TERKENA GANGGUAN SIHIR
Ini adalah beberapa simptom dan gejala awal yang boleh kita kenalpasti sebagai gangguan sihir.
Mungkin terdapat beberapa gejala yang disenaraikan dibawah pernah atau sedang dialami oleh anda.
Antaranya adalah:
Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
Penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.
Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
Badan terasa bisa-bisa/gatal.
Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Sakit pinggang tanpa sebab.
Sakit dada bila waktu asar keatas.
Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
Sakit anggota badan tertentu seperti kaki, tangan selepas waktu asar.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Bunyi guli jatuh diatas syiling.
Panas baran.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Kerap keguguran.
Gagal melakukan hubungan kelamin.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
Selalu ditindih ketika tidur.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Melihat jin secara terus.
Sakit mental atau gila.
Sakit tulang belakang tanpa sebab.
Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
Timbul rasa takut tanpa sebab.
Sering pengsan tanpa sebab.
Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
BAGAIMANA MERAWAT GANGGUAN SIHIR TERHADAP DIRI DAN KELUARGA?
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya.
Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)” – Hadis riwayat Bukhari & Muslim
Yang penting, kita perlu berusaha untuk mengubati sesuatu penyakit yang menimpa, termasuklah bab sihir ini.
Ada beberapa kaedah atau cara yang boleh kita lakukan untuk mematikan sihir.
1. MENGESAN JIN DIDALAM BADAN
Ini adalah kaedah awal yang boleh kita lakukan untuk mengesan jin yang bersembunyi didalam badan. Ianya mudah dan kita boleh lakukan sendiri:
- Membaca Fatihah sebanyak 1 kali.
- Niat & berdoa meminta Allah agar diberi petunjuk.
- Baca Ayatul Kursi sebanyak 33 kali ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)
Antara petanda terdapat jin yang bersembunyi didalam badan kita adalah:
- Hati berdebar-debar
- Lupa bacaan.. tersasul… terhenti secara mendadak
- Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
- Rasa mual & nak muntah
- Sakit perut secara tiba-tiba
- Terasa pergerakan didalam badan.
- Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
- Jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu
2. MEMBACA AYAT RUKYAH
Ruqyah secara amnya ialah bermaksud jampi-jampi atau mentera .
Ruqyah secara syari’e (Ruqyah Syari’ah) ialah jampi -jampi atau mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.
3. BERJUMPA DENGAN USTAZ / PENGAMAL PERUBATAN ISLAM YANG PAKAR
Berjumpalah dengan Ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk merawatnya secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih teruk.
InsyaaAllah mereka yang pakar dan lebih alim akan boleh membantu kita mengesahkan dan merawat gangguan tersebut.
PENUTUP: LINDUNGI DIRI & KELUARGA ANDA DARIPADA BAHANA SIHIR!
Sihir – Bukan sahaja menyusahkan kita, tetapi penderitaanya turut ditanggung oleh keluarga kita.
Ibarat barah, jika dibiarkan berlarutan ia akan semakin melarat dan menghancurkan kehidupan kita dari dalam..
..dan kejam!
Apa yang lebih diharapkan oleh anda selain dapat menyediakan dan melalui kehidupan yang baik, bukan?
Jadi, buatlah tindakan yang sepatutnya.
Didalam dunia yang penuh fitnah, kitalah seharusnya merawat dan mencegah fitnah itu daripada menghinggapi diri dan keluarga kita sendiri.
Sumber: akuislam.com