≡ Menu

Alangkah indahnya menikmati makanan laut di atas jeti menghadap bot-bot, kicauan burung dan gemersih air laut yang tenang. Kami duduk di bawah kemah sambil mengadap Pelabuhan Bot Memancing, Kailis Fish Market Café telah banyak mendapat pengiktirafan bagi kategori restoran makanan laut terbaik. Kamu harus cuba Squid & Chip, Seafood Delight, Grilled Fish & Chips, BBQ Combo, Chilled WA Lobster dan banyak lagi. Kailis Fish Market Cafe ini sememangnya restoran pilihan ramai pelancong tempatan dan luar negara, maka tidak hairanlah jika kamu ke sini akan mendapati ramai pelanggan beratur untuk memesan makanan. Selanjutnya →

Kamu akan mendapat kepuasan berganda jika kamu mencari sesuatu hidangan yang berbeza daripada makanan ruji. Lobster Shack terletak di tepi pantai Cervantes, mengambil masa dua jam perjalanan dari Perth dan hanya 17 km dari Taman Negara Pinnacles yang terkenal. Lobster segar, besar dan kaya dengan isi cukup memberikan kepuasan, lebih-lebih lagi dengan makanan tambahan lain seperti kentang, salad, filet ikan sambil menikmati suasana tepi pantai yang indah. Cubalah Lobster Pasta, The Shack Roll and Half Grilled BBQ’d Lobster with Chips and Salad dan Burger Lobster yang pasti membuatkan kamu mengidam untuk ke sana lagi setelah pulang ke Malaysia. Selanjutnya →

Restoran ini terletak di Jalan Murray di persekitaran CBD Perth tidak jauh dari Elizabeth Quay dan Langley Park. Keistimewaan menu antaranya Nasi Goreng dengan makanan laut, ayam dan sayur-sayuran, popia sayur atau mi sup daging dengan sambal pedas dan sate antara menu yang wajib dicuba. Jangan risau jika kamu seorang yang cerewet dalam pemakanan kerana di sini juga mempunyai beberapa makanan laut dan pilihan burger untuk memastikan perut kamu beralas. Selanjutnya →

Ketika berjalan di tengah bandar, sekitar kawasan Central Business District (CBD) Perth, saya ternampak nama Malaysia pada papan tanda hadapan kedai ini. Lalu mendapati ia ternyata menjual makanan Malaysia! Terubat rindu dibuatnya. D’Ankasa boleh mengubati rasa mengidam kamu kerana restoran ini menghidangkan lauk pauk Melayu, ada juga menu lain seperti Laksa, Nasi Lemak Ayam Istimewa, Nasi Goreng Ayam Hainan, Mi Sup Tom Yam, Nasi Goreng Sambal Belacan dan banyak lagi. Satu lagi kelebihan D’Ankasa ialah harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Selanjutnya →

Cara Solat Sambil Mendukung Bayi

Solat dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan adalah keadaan yang benar-benar ideal yang diingini oleh umat Islam. Namun realitinya setelah berumah tangga dan mempunyai anak-anak kecil, ada sesetengah perkara dan rutin yang perlu diubah suai. Hal ini termasuklah ketika solat. Selanjutnya →