Ketika berjalan di tengah bandar, sekitar kawasan Central Business District (CBD) Perth, saya ternampak nama Malaysia pada papan tanda hadapan kedai ini. Lalu mendapati ia ternyata menjual makanan Malaysia! Terubat rindu dibuatnya. D’Ankasa boleh mengubati rasa mengidam kamu kerana restoran ini menghidangkan lauk pauk Melayu, ada juga menu lain seperti Laksa, Nasi Lemak Ayam Istimewa, Nasi Goreng Ayam Hainan, Mi Sup Tom Yam, Nasi Goreng Sambal Belacan dan banyak lagi. Satu lagi kelebihan D’Ankasa ialah harga yang ditawarkan cukup berpatutan.

Alamat: 1/566 Hay St, Perth WA 6000, Australia
Sumber: Stail.my
