≡ Menu

Sunnah Mengamalkan Zikir Ini Sebelum Keluar Rumah

Setiap hari, kita akan keluar rumah untuk melaksanakan banyak urusan. Ada yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah, pergi ke pasar untuk membeli barang dapur, keluar bekerja dan pelbagai lagi.

Ia dilakukan bagi memenuhi keperluan asasi setiap manusia serta untuk berinteraksi sesama manusia. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk bersosial apatah lagi keluar dari rumah kediaman, malah Islam tidak gemar akan mereka yang suka mengurung diri di dalam rumah dan enggan bersosial dan mengenali budaya luar.

Walau bagaimanapun, ia bukan bermaksud manusia boleh bebas melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan tanpa batas dan peraturan kerana ia pasti menimbulkan kemudaratan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang sekeliling.

Disebabkan itu, Islam telah menggariskan beberapa garis panduan dan adab dalam setiap perkara termasuklah buat mereka yang ingin keluar rumah bagi menyelesaikan urusan harian, antaranya:

#1 – Memastikan memakai pakaian yang mengikut syariat

#2 – Mendahulukan kaki kiri ketika keluar (masuk rumah dengan kaki kanan)

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksud: “Nabi SAW menyukai untuk memulakan dari sebelah kanan ketika memakai selipar, menyikat rambut dan bersuci dalam semua urusan.”

#3 –Membaca zikir ketika keluar rumah

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: “بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ” قَالَ: « يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ. فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ
Maksud: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca zikir: Bismillahi tawakkaltu ‘alaihi, walaa haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepadaNya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya), maka Malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatiya dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: “Bagaimana (mungkin) kau boleh (memberi kecelakaan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala).” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 5095)

BACA:  Kehancuran Israel pertanda kiamat

Sebenarnya, banyak lagi adab dan sunnah yang dianjurkan untuk diikuti. Selain daripada diganjarkan pahala, setiap perjalanan anda juga lebih diberkati Allah.

Wallahu a’alam.

BACA:  Doa-doa Ketika Menghadapi Kesusahan Dalam Kehidupan

Sebenarnya, banyak lagi adab dan sunnah yang dianjurkan untuk diikuti. Selain daripada diganjarkan pahala, setiap perjalanan anda juga lebih diberkati Allah.

Wallahu a’alam.

Sumber: tzkrh.com 

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel