≡ Menu

Jika kamu melalui susur Jalan Manning pasti akan melalui restoran ini, ia turut dibantu dengan papan tanda besar yang boleh dilihat dari kejauhan. Jangan lupa singgah dan bergembiralah kerana mendapati ada makanan Malaysia di jual di sini. Malaysian Dining Delights menghidangkan menu Kerabu Ikan, Tofu Telur Istimewa, Ais Kacang, Cendol selain Mi Goreng, Daging Kapitan Nyonya dan banyak lagi. Servis yang ditawarkan termasuklah dari tempahan meja, walk-in, catering dan penghantaran. Selanjutnya →

Berkonsepkan kafe dan bistro yang menghidangkan menu asli Lubnan dan mempamerkan budaya Lubnan. Hidangan di sini turut mencampurkan cita rasa moden yang digubah sama seperti resipi asli di tanah kelahirannya. Kami cadangkan kamu untuk merasai Makanek atau sosej daging pedas yang enak dan juga Chee Tayeb Hummus seakan roti bom berintikan daging yang diselimuti oleh roti kembung di atasnya. Kamu akan dapati persembahan pada setiap menu sebaik diletakkan ke atas meja di Chee Tayeb seakan menjemput kamu untuk melayari keasyikan rasa pada resipi asli di sini. Selanjutnya →

Kokdu merupakan arca kayu yang digunakan untuk menghiasi kenderaan mengangkut keranda ke tanah perkuburan nenek moyang sewaktu Dinasti Joseon (1392-1910). Pelbagai figura Kokdu di pamerkan di dalam muzium ini. Di Kokdu Traditional House ini, anda boleh melihat sendiri kindahan reka bentuk dan hiasan dalaman rumah tradisional masyarakat Korea. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memakai Hanbok dan merakam gambar kenangan di segenap sudut rumah yang sangat menarik. Selanjutnya →

Berkonsepkan living museum, Insadong PR Center merupakan tempat paling ideal untuk anda mempelajari sejarah dan kebudayaan masyarakat Korea. Pada asalnya Insadong PR Center merupakan kediaman peribadi untuk Putera Uichin (1877-1955) iaitu anak kelima Panglima Gojong (1852-1919). Dibuka kepada pelancong sejak tahun 2006 bagi memperomosikan sejarah, kebudayaan dan tradisi masyarakat Korea. Selain dapat mencuba Hanbok, pelawat juga dapat melihat sendiri persembahan muzik traidisional Korea. Selanjutnya →

Upacara pertukaran pegawai istana berlaku hampir setiap hari kecuali pada hari Isnin. Di Istana Doeksugung anda boleh mencuba pakaian seragam pegawai istana dan juga Hanbok. Jangan risau, tiada bayaran yang di kenakan malah anda juga boleh bergambar bersama pegawai Istana sewaktu upacara pertukaran pegawai berlangsung. Selanjutnya →