Berkonsepkan kafe dan bistro yang menghidangkan menu asli Lubnan dan mempamerkan budaya Lubnan. Hidangan di sini turut mencampurkan cita rasa moden yang digubah sama seperti resipi asli di tanah kelahirannya. Kami cadangkan kamu untuk merasai Makanek atau sosej daging pedas yang enak dan juga Chee Tayeb Hummus seakan roti bom berintikan daging yang diselimuti oleh roti kembung di atasnya. Kamu akan dapati persembahan pada setiap menu sebaik diletakkan ke atas meja di Chee Tayeb seakan menjemput kamu untuk melayari keasyikan rasa pada resipi asli di sini.

Alamat: 353 Murray St, Perth WA 6000, Australia
Sumber: stail.my
