≡ Menu

RUJUKAN MUNTHAKAB AHADITH

HADITH NABAWI

Dari Abu Qatadah r.a. dari bapanya meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda : Barang siapa bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan Muhammad itu Pesuruhnya maka condong lidahnya ( kerana terlalu banyak mengucapkan kalimah Tayyibah ini) dan tenang hatinya ( kerana penyebutannya ) tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka. ( H.R. Baihaki ) Selanjutnya →

Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut. Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata, bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya. Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam? Selanjutnya →

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Orang yang bodoh itu akan berkata: Apakah yang menyebabkan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan Barat itu kepunyaan Allah (maka ke mana saja diarahkan Allah untuk menghadap, maka wajiblah dipatuhi). Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah, ayat 142) Selanjutnya →

Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuanya, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua. Selanjutnya →

Kita meyakini Aqidah Islam. Manhaj aqidah yang kita anuti ialah manhaj Aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah kerana manhaj itu menepati Aqidah yang asli dari al-Quran dan as-Sunnah. Aqidah Islam adalah keyakinan yang bersumberkan ilmu/makrifah. Ia sebagaimana diungkapkan oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali “Iman ialah makrifah yang menjadi keyakinan”. Ia bukan keyakinan yang membuta tuli, tetapi keyakinan yang bersumber kepada ilmu. Kerana itu aqidah Islam adalah aqidah ilmu. Selanjutnya →