≡ Menu

Kesederhanaan yang memberikan keindahan

“Kamu tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena sediakan lebih kurang RM20 ribu tau” seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami. Selanjutnya →

Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan akan menghiasi kamar hidupnya. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah s.w.t?. Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan?. Selanjutnya →

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari) Selanjutnya →

TABIR Syaaban hampir berlabuh. Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati. Alhamdulillah, Ramadan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga. Selanjutnya →

Cara mudah kutip dana ialah mengadakan majlis makan sambil berceramah di hotel. Satu kerusi RM50 atau RM100. Kalau 200 kerusi, penganjur mudah-mudah dapat bersih RM3000 hingga RM10000. Itu tidak termasuk kutipan derma yang dilancarkan dalam majlis tersebut. Selanjutnya →

Apa maksud syarat-syarat wajib puasa?

Iaitulah syarat-syarat yang menjadikan seseorang itu wajib berpuasa, yakni jika sempurna syarat-syarat yang dimaksudkan itu pada seseorang wajiblah atasnya berpuasa, tidak harus ia meninggalkannya. Namun jika tidak sempurna (yakni ada di antara syarat-syarat yang dimaksudkan itu tidak terdapat padanya), tidaklah diwajibkan ia berpuasa. Selanjutnya →

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman. Selanjutnya →