≡ Menu

Panduan Puasa – Syarat-syarat Wajib Puasa

Apa maksud syarat-syarat wajib puasa?

Iaitulah syarat-syarat yang menjadikan seseorang itu wajib berpuasa, yakni jika sempurna syarat-syarat yang dimaksudkan itu pada seseorang wajiblah atasnya berpuasa, tidak harus ia meninggalkannya. Namun jika tidak sempurna (yakni ada di antara syarat-syarat yang dimaksudkan itu tidak terdapat padanya), tidaklah diwajibkan ia berpuasa.

Apa dia syarat-syarat wajib puasa tersebut?

1. Baligh; iaitu sampai umur seseorang itu dibebani dengan kewajipan Syarak. Tidak wajib puasa ke atas kanak-kanak yang belum baligh, namun digalakkan berpuasa jika telah mumayyiz. Tanda-tanda baligh ialah;

  • Keluar mani apabila telah berumur 9 tahun; sama ada ketika tidur (yakni bermimpi) atau ketika jaga (dengan berjimak, khayal atau sebagainya).
  • Kedatangan haid; tanda khusus bagi wanita.
  • Mengandung; tanda khusus bagi wanita.
  • Berumur 15 tahun; apabila seseorang itu sampai umurnya 15 tahun, otomatik ia dianggap telah baligh walaupun belum berlaku tanda-tanda tadi (yakni keluar mani, kedatangan haid dan mengandung). (Mughni al-Muhtaj, bab al-Hajr, 2/227).

2. Berakal; tidak wajib puasa ke atas orang gila atau tidak siuman.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. Tidak ada keuzuran; iaitu kelonggaran yang ditetapkan syarak yang menggugurkan kewajipan puasa dari seseorang. Keuzuran ini ada dua jenis; a) Keuzuran yang menegah dari sahnya puasa b) Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Kelebihan solat 5 waktu terutama Subuh