≡ Menu

Panduan Puasa – Syarat-syarat Sah Puasa

SYARAT-SYARAT SAH PUASA

Apa maksud syarat-syarat sah puasa?

Maksudnya ialah syarat-syarat yang diperlukan supaya puasa yang dilakukan dianggap sah oleh Syarak, di mana tanpanya puasa tidak sah atau batal.

Apakah dia syarat-syarat sah puasa tersebut?

Iaitulah;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  1. Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.
  2. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.
  3. Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa wanita yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.
  4. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari Tasyriq dan hari syak.


Apa hukum puasa kanak-kanak?

Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sahlah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa –jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah –shallalahu „alaihi wasallam- dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajiblah atasnya berpuasa.

Sabda Nabi –shallallahualaihi wasallam- (bermaksud); “Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat tatkala mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan menunaikannya) tatkala mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah antara mereka (yakni antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan) pada tempat-tempat tidur mereka (ketika berumur 10 tahun itu)”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah Ibn Amru r.a.)

BACA:  Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel