≡ Menu
Hukum Mengebumikan Jenazah Pada Waktu Malam

Soalan :

Assalamualaikum ustaz. Semoga ustaz berada dalam keadaan sihat sentiasa. Persoalan saya, apakah hukum mengebumikan jenazah pada waktu malam? Saya ada dengar yang kebumi jenazah waktu malam ini tidak dibenarkan. Mohon pencerahan ustaz. Maaf jika soalan saya ini menampakkan kejahilan saya. Selanjutnya →

Hukum Makan Telur Padi

Soalan

Assalamualaikum. Adakah telur padi halal dimakan?

Jawapan Ringkas

Hukum makan telur padi adalah halal berpegang dengan kaedah fiqh yang menyebut “Asal sesuatu makanan adalah halal melainkan terdapat dalil yang mengatakan haram”. Dalam masa yang sama, proses pembuatan dan pengawetan telur padi tidak mengandungi elemen-elemen yang mengubah kehalalan telur tersebut, maka hukum memakannya adalah halal selagi mana tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diharamkan seperti arak, najis dan sebagainya. Selanjutnya →

Apakah Hukum Membatalkan Puasa Ganti Ramadan

Soalan

Assalamualaikum, saya ada satu persoalan berkenaan dengan puasa ganti yang saya tinggalkan pada bulan Ramadan. Waktu saya ganti puasa tersebut, rakan saya menjemput saya untuk makan persoalannya, adakah boleh saya membatalkan puasa saya untuk memenuhi jemputan rakan saya itu. Sekian terima kasih. Selanjutnya →