≡ Menu
JODOH TAK LEKAT; SILAP SIAPA?

Soalan:

Assalamualaikum. Ustaz, saya ada satu soalan. Saya sudah mencapai umur 33 tahun dan masih belum berjumpa jodoh. Kemudian, saya diberitahu bahawa antara sebab jodoh saya lewat ialah kerana saya seorang wanita yang agak pandai berdikari dan tidak bersifat ‘bodoh-bodoh’. Tapi, bukankah jodoh ini soal takdir? Mohon pencerahan daripada pihak ustaz. Selanjutnya →

Murung Bukan Tanda Lemah Iman

Berbicara tentang manusia dan perasaan, walaupun kita sendiri manusia, kita ini belum tentu mampu memahami setiap situasi insan dengan begitu baik dan tuntas. Seringkali kita juga gagal memanusiakan sikap kita terhadap manusia. Manusia adalah suatu makhluk yang begitu unik. Ia ada perasaan dan akal. Ada aspek spiritual yang perlu dibelai dengan kualiti iman dan Islam, selain fizikal yang menjadi amanah untuk menjaga sebaiknya. Sebab itulah kita gagal memahami manusia lain, kerana begitu banyak aspek yang bergabung dalam membentuk insan mahupun yang baik atau jahat. Seringkali kita terlupa, setiap individu mempunyai tahap toleransi dan kesabaran yang sangat berbeza ketika menghadapi suatu situasi. Selanjutnya →