Penyimpanan wang untuk jaminan masa hadapan adalah amat penting. Tambah pula dengan pandemik yang melanda seluruh dunia, ramai yang terkesan dan khuatir tidak mempunyai simpanan. Jadi, salah satu cara yang anda boleh buat adalah simpan duit ke akaun Tabung Haji tanpa kena sebarang caj.
CARA SIMPAN DUIT KE TABUNG HAJI TANPA CAJ
Selalu kalau korang nak masuk duit ke akaun TH korang buat macam mana eh?
1. Pergi cawangan?
2. Guna ATM?
3. Potong Gaji?
4. Transfer Online Banking?
5. Atau cara lain?
Musim PdPR dan WfH ni sebaiknya tak yah lah nak bergerak ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Kalau sebelum ni nak transfer ke TH dari Maybank ke Bank Islam atau bank-bank lain, dia ada caj RM1 setiap transaksi. Kadang-kadang ada orang tak perasan caj tu. Apa la sangat seringgit tu. Takkan nak jimat seringgit tapi habiskan duit minyak, bayar parking 60 sen, bateri hp nak scan MySejahtera dan tenaga dari lemak WfH yang kerjanya buka peti ais je tu.
Tapi kalau nak buat pindahan secara percuma tu, boleh guna cara ni. Betul free, tanpa caj kepada kita.
1. Log masuk ke perbankan internet pilihan
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – jika ada
*Amaun (RM)
4. Ikut arahan hingga selesai
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan,atau sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919 atau menggunakan app THiJARI.
Selamat beramal. Jangan tunggu lagi. Penuhkan TH korang at least RM10k.
Sumber: Mohd Shukri Zulkipli via siraplimau.com