
Menerusi laman Facebook Mufti Negeri Perak mengatakan bahawa laungan azan diubah daripada yang asal susulan penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan semalam, azan ini boleh digunapakai semasa menunaikan solat jemaah di rumah.
Laungan azan yang diubah daripada ‘Marilah menunaikan solat’ kepada ‘Solatlah di rumah anda’, ia membawa maksud yang sama, bermula Magrib 17 Mac sehingga Isyak 31 Mac.
Seperti perkara 6 di dalam kenyataan rasmi ini anda boleh lihat bahawa;
Laungan Azan akan dilaksanakan di masjid dengan gantina seruan ungkapan hay’alatain kepada ‘solufi buyutikum’ (Solatlah di rumah kamu) – berdasarkan riwayat al-Bukhari (668) dan muslim (669).



Sumber : Jabatan Mufti Negeri Perak
