≡ Menu

(Video) Larangan Keluar Antara Negeri Berkuat Kuasa Tengah Malam Ini- Ketua Polis Negara

(Video) Larangan Keluar Antara Negeri Berkuat Kuasa Malam Ini- Ketua Polis Negara

BERNAMA dalam kemas kininya melaporkan bahawa Ketua Polis Negara mengumumkan Larangan Keluar Antara Negeri berkuat kuasa mulai malam ini.

Bagaimanapun beliau meminta orang ramai agar memaklumkan kepada pihak polis tempatan jika ingin melakukan perjalanan merentas negeri.

Dalam satu sidang media hari ini, beliau berkata tindakan ini berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac ini.

“Bagi pihak polis, peranan kami dalam perintah larangan ini ialah untuk mengawal pergerakan orang ramai dari satu negeri ke satu negeri, atau dari satu daerah ke satu daerah kerana eksesais ini amat perlu untuk menyekat penularan virus dari satu negeri ke satu negeri.”

Apabila timbul keperluan untuk mereka pulang ke kampung, mereka perlu maklumkan kepada ketua polis balai terdekat untuk mendapatkan dokumen yang menjelaskan pembawa dokumen telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa dia perlu membuat perjalanan ini atas sebab-sebab sedemikian, tambahnya.

Menurutnya, borang-borang berkenaan disediakan ke semua balai di semua balai polis daerah.

“Kecuali bagi mereka yang ingin pulang ke Sarawak, mungkin ada sekatan di situ, mungkin dikuarantin 14 hari. Ini terpulang bagi kerajaan negeri masing-masing,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai permohonan dokumen boleh didengar bermula minit 8.50.

Siaran Langsung: Sidang Media Oleh Ketua Polis Negara

Sidang Media Oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Selasa, 17 Mac 2020

 

BACA:  Bakal Pengantin Mati Dibunuh Kejam Kerana Pro-ikhwan Muslimin, Turki & Qatar

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel