≡ Menu

COVID-19: Dua Kematian di Malaysia Dicatat Hari Ini

COVID-19: Dua kematian di Malaysia dicatat hari ini

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan dua kematian akibat wabak COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa meninggal dunia hari ini.

Mangsa pertama, kata beliau ialah seorang jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada hujung Februari lalu.

Dr Adham berkata, mangsa berusia 34 tahun dan telah menghidap demam mulai 5 Mac lalu.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mangsa kedua yang meninggal dunia akibat wabak itu, kata Dr Adham ialah, seorang paderi dari Kuching, Sarawak.

Kata Dr Adham, mendiang berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Sementara itu, kematian paderi bernama David Cheng, di Hospital Umum Sarawak kira-kira sekitar pukul 11 pagi turut dikongsi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Mangsa telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 13 Mac lalu selepas mempunyai simpton COVID-19.

 

Sumber: astroawani.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Perlaksanaan Hukuman Jenayah di Khalayak & Kesannya