≡ Menu

Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan, Tidak Melebihi 50 Jemaah

Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan, Tidak Melebihi 50 Jemaah

Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk membenarkan solat Jumaat dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, jumlah jemaah mestilah tidak melebihi 50 orang bergantung kepada keluasan ruang solat masjid dan surau.

Jemaah pula akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah masjid dan surau Jumaat masing-masing berdasarkan cara yang diambil.

Kebenaran ini juga termasuk dengan penunaian solat fardu secara berjemaah dengan tidak melebihi 20 orang.

Pihak masjid juga perlu memastikan agar Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi dan mengekalkan penjarakan satu meter.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebelum ini, solat Jumaat tidak dibenarkan untuk dilaksanakan sepanjang PKPB dan perlu diganti dengan solat Zuhur, manakala solat fardu pula hanya dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

Sumber: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Keistimewaan Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah dan Al-Ikhlas