≡ Menu

JAKIM Kini Diiktiraf Sebagai Badan Pensijilan Halal Bertaraf Dunia

JAKIM Kini Diiktiraf Sebagai Badan Pensijilan Halal Bertaraf Dunia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperoleh kelulusan akreditasi ISO/EEC 17065:2012 (Penilaian Kesesuaian – Keperluan untuk badan yang mengesahkan produk, proses dan perkhidmatan) dan diiktiraf sebagai badan pensijilan halal bertaraf dunia.

Menurut Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pengiktirafan itu membolehkan JAKIM lebih dikenali sebagai badan pensijilan halal yang boleh memenuhi semua keperluan, piawaian dan perundangan bertaraf dunia yang ditetapkan oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO).

Akreditasi ini juga akan membuka peluang kepada Malaysia untuk memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai pelopor badan pensijilan halal bertaraf global.

Ia sekaligus akan menjadikannya sebagai sebuah agensi yang menjadi rujukan halal dari seluruh dunia.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Vape, Shisha Tidak Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok