Seperti yang kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan bermula hari ini sehingga 27 Oktober 2020.
Jadi, mari kita lihat apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya.
#1 – Semua aktiviti di masjid dan surau adalah tidak dibenarkan. Ia termasuklah kuliah, dan ceramah.
#2 – Walimatul urus dan akad nikah di masjid tidak dibenarkan.
#3 – Solat berjemaah di masjid dibenarkan dengan had jemaah yang tidak melebihi enam orang (termasuk imam). Bagaimanapun, ia adalah berdasarkan keputusan pihak berkuasa agama negeri.
#4 – Azan dibenarkan untuk dilaungkan oleh bilal bagi menandakan masuknya waktu solat fardu.
#5 – Pihak masjid dan surau tidak dibenar menyediakan ruang khusus solat kepada golongan musafir. Bagaimanapun, ia adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.
#6 – Solat Jumaat ditangguhkan dan digantikan dengan solat Zohor.
#7 – Pihak masjid dan surau boleh menguruskan jenazah di masjid atau surau (sekiranya berlaku kematian) mengikut SOP yang ditetapkan dengan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama negeri.
Justeru, terus patuhi SOP yang ditetapkan untuk sama-sama menangani COVID-19.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia