≡ Menu

Siapakah Orang Yang Beramal Soleh Tetapi Diganjarkan Neraka

Siapakah Orang Yang Beramal Soleh Tetapi Diganjarkan Neraka

Pernah mendengar mengenai hadis dan dalil mengenai orang yang beramal soleh tetapi dirinya tetap dicampakkan ke dalam neraka? Agaknya apa dosa yang telah dilakukan sehingga dirinya tetap menjadi penghuni syurga sedangkan amal soleh yang dilakukan bertimbun-timbun melebihi orang yang melakukan dosa.

Malah, dalam beberapa hadis lain juga ada menyebutkan bahawa orang yang beramal soleh akan dimasukkan ke dalam neraka, manakala ada satu golongan lagi yang berbuat dosa tetapi akan dimasukkan ke dalam syurga.

Orang Yang Sombong Tempatnya Di Neraka

Pernah dengar mengenai kisah iblis yang diusir dari syurga kerana keengganannya untuk sujud kepada Nabi Adam AS? Ia merupakan perintah Allah kepada seluruh penduduk syurga, termasuk malaikat dan iblis.

Malaikat yang sifatnya patuh akan arahan Allah tidak melanggar perintahNya. Hal ini sebaliknya dengan iblis yang sombong dan memilih untuk ingkar akan arahan Allah tersebut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ia kerana mereka merasakan bahawa mereka lebih hebat daripada Adam yang hanya diciptakan daripada tanah berbanding kaum mereka yang diciptakan daripada api. Disebabkan itu, Allah telah mengusir mereka daripada syurga sebelum mereka berjanji untuk menghasut dan menggoda seluruh keturunan anak Adam.

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Mafhum: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam.” Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”

BACA:  Hidup biar berjasa, mati biar mulia

Imbas kembali kisah mengenai Iblis yang bongkak kerana merasakan dirinya hebat, namun akhirnya diusir oleh Allah dari syurga walaupun sepanjang hidupnya pernah digunakan untuk patuh dan taat kepada Allah.

Itulah dia jawapan kepada persoalan di atas berkenaan siapa golongan yang bakal ke neraka sedangkan hidupnya penuh dengan ketaatan kepada Allah.

Sombong dan takbur dengan diri sendiri, angkuh dengan kehebatan dan ketaatan kepada Allah walau sebesar zarah merupakan satu perbuatan yang dibenci oleh Allah.

“Eh, aku bangun tahajud setiap malam. Setakat ustaz itu berdakwah ke hulu, ke hilir, apalah sangat.”

“Aku tak pernah tinggal solat apatah lagi buat dosa terkutuk macam perompak tu. Mesti Allah lemparkan perompak tersebut ke neraka.”

Dan macam-mana lagi kata-kata atau lintasan hati yang tanpa kita sedar telah mengagungkan diri sendiri serta menghina orang lain, ia merupakan bukti anda sombong dan merasa selesa dengan ibadah yang anda lakukan.

Lebih memalukan jika keangkuhan tersebut disertai dengan hinaan dan cacian terhadap orang lain yang melakukan dosa seolah-olah tempatnya memang akan ke neraka.

Hati-hatilah dengan setiap kata-kata dan juga lintasan hati anda terhadap diri sendiri dan orang lain. Jangan pernah merasa selesa dengan ibadah yang anda lakukan kerana pengakhiran setiap orang adalah rahsia Allah SWT bergantung kepada amalan yang dilakukan.

Apa yang anda lihat mungkin berbeza dengan kehidupannya yang sebenar. Mungkin orang yang sentiasa melakukan dosa itu, hatinya sentiasa merasa takut dengan azab Allah dan sentiasa berusaha untuk berubah.

Hal ini pernah disebutkan oleh Syaikhul Ibnu Taimiyah dan kitabnya yang berbunyi:

إنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ الْحَسَنَةَ فَيَدْخُلُ بِهَا النَّارَ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ السَّيِّئَةَ فَيَدْخُلُ بِهَا الْجَنَّةَ يَعْمَلُ الْحَسَنَةَ فَيُعْجَبُ بِهَا وَيَفْتَخِرُ بِهَا حَتَّى تُدْخِلَهُ النَّارَ وَيَعْمَلُ السَّيِّئَةَ فَلَا يَزَالُ خَوْفُهُ مِنْهَا وَتَوْبَتُهُ مِنْهَا حَتَّى تُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ

BACA:  8 Ciri Wanita Yang Jauh Dari Rahmat Allah

Maksud: “Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal kebaikan malah ia akan masuk neraka. Sebaliknya, ada pula yang beramal buruk tetapi ia akan masuk syurga. Yang melakukan kebaikan itu ialah apabila ia merasa ujub (bangga dengan amalnya) kemudian ia merasa bangga dengan diri sendiri, perkara itulah yang menyebabkan ia masuk neraka. Ada pula yang melakukan keburukan tetapi ia sentiasa merasa takut dengan azab Allah dan diiringi dengan taubat. Itulah yang membuatnya masuk syurga.” (Hadis Riwayat Abdullah bin Masud, no. 3870)

Kesimpulan

Kita sentiasa melihat ada orang yang lidahnya selalu menyebut perkara yang tidak berfaedah tetapi siapa tahu mungkin hatinya sentiasa berzikir dan meminta keampunan kepada Allah.

Kita mungkin pernah melihat ada orang yang suka membuang masa dan melakukan maksiat di tengah-tengah malam, namun siapa tahu mungkin hubungannya dengan ibu bapa amat dititikberatkan.

Oleh itu, bukan tugas kita untuk menghukum manusia dan mengagungkan diri sendiri. Sentiasa bertaubat dan perbaiki amal ibadah anda agar tidak tergolong dalam golongan yang dimasukkan ke neraka.

Wallahu a’alam.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel