≡ Menu

PKPB – Hanya 6 Orang Dibenarkan Berjemaah Di Masjid

PKPB – Hanya 6 Orang Dibenarkan Berjemaah Di Masjid

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dikuatkuasakan pada 14 Oktober 2020.

Seiring dengan itu, beliau juga telah mengumumkan mengenai cadangan untuk mengimarahkan masjid dengan membenarkan masjid dan surau bagi melaungkan azan dan menunaikan solat secara berjemaah.

Jemaah hanya dihadkan kepada enam orang sahaja termasuk imam yang ditentukan oleh ahli jawatankuasa masjid.

Walau bagaimanapun, cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan pihak berkuasa Agama Negeri Selangor untuk mendapat perkenan ke bawah duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor.

Sumber: Menteri Kanan Pertahanan – YB Dato Sri Ismail Sabri

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Dar Al-Ifta Mesir Haramkan Bitcoin