≡ Menu

Wanita, Periksa Dulu Pakaian Anda Sebelum Menunaikan Solat

Wanita, Periksa Dulu Pakaian Anda Sebelum Menunaikan Solat

Ada dua jenis wanita ketika mereka ingin menunaikan solat apabila berada di luar. Yang pertama ialah wanita yang menunaikan solat dengan menggunakan telekung dan yang kedua ialah tanpa menggunakan telekung.

Seperti yang kita faham, telekung bukanlah syarat sah untuk menunaikan solat, namun syarat yang paling utama ialah dengan menutup aurat.

Dan aurat yang ditutup itu perlulah dipastikan yang bersih, kemas dan longgar.

Buat wanita, anda perlu periksa terlebih dahulu adakah pakaian yang anda bawa secara terus untuk menunaikan solat itu mengikuti syarat yang diajar.

Jadi, pakaian bagaimana yang boleh dibawa ke dalam solat tanpa memakai telekung? Di sini kami senaraikan beberapa pakaian yang dibolehkan;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#1 – Tudung yang dipakai perlulah dilabuhkan dan menutup dada. Pastikan bahagian belakang dipinkan agar ia tidak terselak terutamanya ketika sujud.

#2 – Pastikan seluar dan baju yang dipakai tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan.

#3 – Pastikan pakaian yang dipakai itu tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit.

#4 – Bahagian pergelangan tangan juga perlu ditutup sama ada dengan memakai handsock atau pergelangan baju yang berjahit.

#5 – Pastikan bahagian kaki ditutup dengan stoking yang panjang (bagi mengelakkannya terselak terutama jika memakai kain) dan pastikan ia tidak jarang.

#7 – Jika memakai jeans, pastikan ia tidak ketat.

#8 – Jika memakai gaun atau dress, pastikan ia tidak mengikut potongan badan dan tidak nipis.

#9 – Paling penting ialah pastikan pakaian yang dibawa ke dalam solat itu bebas dari najis.

Bersolat merupakan salah satu perbuatan kita menghadap Allah dan Dia adalah Raja kepada sekalian alam.

BACA:  Ketahui 10 Rahsia Untuk Mudah Bangun Tahajud & Sahur

Jadi, bawalah pakaian yang indah dan sesuai untuk menghadap Ilahi.

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Mafhum: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).” (Surah Al-A’raf, 7:31)

Wallahu a’alam.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel