SOALAN :
Adakah sah solat seorang lelaki tanpa memakai kopiah?
Seorang pakcik mengatakan solat tanpa memakai kopiah itu makruh. Benarkah?
JAWAB :
Hukum orang lelaki memakai kopiah atau serban samada di luar solat atau di dalam solat adalah sunat tetapi ia bukannya syarat sah solat. Olih itu siapa yang solat tanpa memakai kopiah maka solatnya sah tetapi dia telah meninggalkan satu perintah yang baik yaitu berhias sebaiknya untuk solat.
Sebahagian ulamak memakruhkan solat tanpa memakai kopiah atau penutup kepala. Tempat makruh ini ialah apabila tidak memakai ia akan kopiah itu kerana meringan-ringankan perintah berhias dalam solat atau kerana malas. Jika bukan kerana meringan-ringan atau malas maka tidaklah makruh.
Berkata Dr Nasir Farid Wasil Bekas Mufti Negeri Mesir :
الدِّين الإسلاميُّ دِين الهيبة والوَقار، وقد حثَّ أتباعَه على أن يَكونوا دائمًا في أكمل وأتمِّ زِينة وأحسن لباس وخاصة عند الصلاة
ومن هذا يَتبيَّنُ أن كلَّ ما يُظهر المسلمَ بمَظهر حسَنٍ وهيئة حسنة فهو مَطلوب ومَرغوب، ولذَا لمَّا سأل صحابيٌّ رسولَ الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ قائلًا: يا رسول الله، الرجل منَّا يُحب أن يكون نعْلُه
نَظيفًا وثوبُه نظيفًا، فهل هذا مِن الكبْر؟ قال صلى الله عليه وسلم: “لا، الكِبْرُ غَمْطُ الحقِّ وبَطَرُ النِّعْمة”. ولهذا قرَّر العلماء أن المُصليَ إذا صلَّى ورأسه مكشوفة فإن كان ذلك تَهاونًا وتكاسلًا فإن صلاته
مَكروهة، وإن كان للتذلُّل والتضرُّع فصلاته صحيحة بلا كراهة
Artinya :
“Islam adalah agama yang hebat dan mulia. Dan sungguhnya Islam menggalakkan penganutnya atas bahawa selamanya berada dalam keadaan yang sempurna dan berhias dan berpakaian baik terutamanya ketika sembahyang.
Dari sinilah ternyata bahawa setiap perkara yang menampakkan seorang Islam itu elok dan keadaan yang baik maka ia adalah dituntut dan digemari. Kerana itulah ketika seorang sahabat bertanya kepada Nabi saw : Adakah apabila salah seorang dari kita sukakan berkasut cantik dan berbaju cantik itu dikira sebagai sombong? Nabi saw menjawab : Tidak. Sombong ialah seorang yang menolak kebenaran dan menghina orang lain.
Lalu kerana inilah ulamak menetapkan apabila orang yang sembahyang dalam keadaan tidak menutup kepala kerana meringan-ringankan dan malas maka sembahyangnya makruh. Dan jika tidak menutup kepala kerana merasa rendah diri dan tawadhuk maka sembahyangnya sah tanpa ada makruh.”
Wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)