≡ Menu

Bolehkah Kanak-kanak Menjadi Imam Solat?

SOALAN :

Adakah sah kanak-kanak lelaki yang telah berumur 9 tahun menjadi imam kepada ibunya kerana mendoronganya kepada solat?

JAWAB :

Telah berjalan olih jumhur ulamak kepada ketiadaan sah kanak-kanak mumayyiz menjadi imam kepada orang dewasa pada solat fardhu. Dan sah ia menjadi imam pada solat sunat. Ini adalah kerana solat fardhu pada hak kanak-kanak seperti solat sunat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ada pun ulamak-ulamak mazhab Syafie berpendapat sah kanak-kanak mumayyiz menjadi imam bagi orang dewasa pada solat fardhu atau sunat bersamaan hukumnya. Ini adalah kerana dalil yang datang pada hadith ‘Amr bin Salamah r.a. adalah beliau menjadi imam bagi kaumnya di zaman Rasulullah saw pada hal beliau berumur enam atau tujuh tahun sebagaimana diriwayatkan olih Imam Bukhari di dalam Sahihnya.

Inilah pendapat yang kami cenderung kepada berkata dengannya. Dan atas pendapat ini maka tiada salah kanak-kanak yang berumur sembilan tahun menjadi imam bagi ibunya pada solat kerana kanak-kanak ini telah mumayyiz.”

Wallahua’lam.

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  5 Kelebihan Buat Anda ‘Raja Sedekah’