≡ Menu

Bolehkah Mulakan Puasa Syawal Pada Hari Jumaat Atau Sabtu?

Bolehkah Mulakan Puasa Syawal Pada Hari Jumaat Atau Sabtu?

Rata-rata sudah mula untuk menyempurnakan puasa sunat Syawal. Ditambah pula dengan suasana hari raya tahun ini yang sedikit berbeza. Kalau di Malaysia, kita hanya dibenarkan beraya sehari sahaja, iaitu pada satu Syawal dan dilarang untuk mengadakan rumah terbuka. Hal ini bagi membendung COVID-19 daripada terus menular.

Disebabkan itu, ramai di kalangan kita yang mengambil peluang ini untuk memulakan puasa sunat Syawal lebih awal. Ada juga yang hampir selesai puasanya dek telah memulakannya dengan lebih awal. Ada juga yang baru berniat untuk melakukannya sama ada hari ini mahupun esok.

Namun, dalam melakukan amal ibadat, kita juga perlu melakukannya dengan ilmu. Hal ini kerana, ada di kalangan kita yang memulakan puasa sunat pada hari Jumaat, Sabtu mahupun Ahad. Jumhur ulama telah mengeluarkan pandangan mereka dalam hal ini dan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.

Di dalam mazhab Syafi’e, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat Khamis (atau hari sebelumnya) adalah makruh.

لا يَصُومَنَّ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِلا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mafhum: “Janganlah seseorang daripada kamu berpuasa sunat semata-mata pada hari Jumaat melainkan berpuasa sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1849)

Jika anda memulakan puasa sama ada puasa ganti atau sunat Syawal pada Khamis, maka dibolehkan untuk menyambungnya sehingga Jumaat, Sabtu dan Ahad secara bersambungan.

Namun, jika anda berpuasa pada hari Isnin, kemudian diselang-selikan dengan hari lain – sebagai contoh, Isnin anda berpuasa, kemudian Selasa tidak berpuasa, kemudian Rabu anda berpuasa dan Khamis anda tidak berpuasa, maka hari Jumaat anda tidak boleh berpuasa kerana makruh hukumnya.

BACA:  Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Ia perlulah bersambung dengan hari Khamis. Adapun, jika anda tetap melakukannya, maka puasa anda tetap sah dan dikira, namun hukumnya adalah makruh.

Hal ini sama sahaja dengan memulakan puasa pada hari Sabtu dan Ahad kerana ketiga-tiga hari ini adalah hari yang makruh untuk berpuasa.

Ia adalah terkecuali jika puasa yang wajib jatuh ke atasnya seperti puasa Ramadan atau puasa sunat khusus yang lain seperti puasa Hari Arafah yang jatuh pada hari-hari tersebut, maka ia tidak menjadi makruh.

Imam Nawawi telah berkata – “Telah berkata Ashab kami, iaitu dalam kalangan ulama As-Syafi’e; Makruh semata-mata berpuasa sunat pada hari Jumaat, namun sekiranya bersambung puasa tersebut dengan hari sebelum atau selepasnya atau bertepatan hari Jumaat tersebut dengan adatnya sebagai contohnya seseorang itu bernazar berpuasa apabila sembuh dari penyakitnya atau datangnya Zaid selalu pada hari Jumaat, maka bertepatan perkara tersebut pada hari Jumaat, maka puasa sunatnya tidak menjadi makruh.” (Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/479)

Mengapa Dihukumkan Makruh

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan hari untuk kaum Yahudi beribadah. Mereka mengagung-agungkan hari tersebut dan ada juga yang merayakannya dengan perayaan mereka.

Maksud: “Sesungguhnya, kedua-dua (hari Sabtu dan hari Ahad) adalah dua Hari Raya bagi orang-orang musyrik dan aku mahu perbuatanku berbeza dengan mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 44)

Justeru, makruh hukumnya jika anda berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad tanpa disertai dengan hari Khamis. Seeloknya ia dimulakan pada hari Isnin dan boleh dilakukan berturutan sehingg Jumaat dan Sabtu.

Namun, jika sudah berada di tahap akhir, iaitu sudah tidak sempat, maka boleh sahaja dilakukan pada hari Jumaat. Ia adalah sah.

BACA:  Mengapa Kita Mahukan Anak-Anak Kita Menghafal Al-Quran?

Rujukan: Mufti Wilayah via tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel