≡ Menu

6277 Buah Masjid Dibuka Secara Bersyarat Untuk Solat Jumaat Di Seluruh Negara

6277 Buah Masjid Dibuka Secara Bersyarat Untuk Solat Jumaat Di Seluruh Negara

Setelah hampir dua bulan masjid dan surau ditutup bagi membendung COVID-19 daripada terus menular kepada aktiviti yang dilakukan secara berjemaah, kini umat Islam dibenarkan untuk melakukannya secara berperingkat.

Bermula pada minggu lepas, beberapa buah masjid yang berada di kawasan zon hijau telah kembali dibuka dengan bilangan jemaah yang ditetapkan dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Hari ini, menurut kenyataan daripada Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, sebanyak 6277 buah masjid dan surau telah dibenarkan beroperasi secara bersyarat untuk penunaian solat Jumaat di seluruh negara.

Garis panduan dan SOP tetap perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan dalam Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 pada 8 Mei 2020.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui laman sosial media, beliau menggesa agar pihak berkuasa agama negeri agar mengambil serius SOP yang telah dinyatakan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tambah beliau lagi, sekiranya kepatuhan kepada garis panduan tersebut mencapai tahap yang memuaskan dengan menunjukkan konsistensi sebanyak 100%, maka beliau yakin bahawa masjid dan surau kembali boleh dibuka dalam norma baharu.

Antara negeri yang telah membuka masjid dan surau mereka untuk solat Jumaat termasuklah;

#1 – Wilayah Persekutuan: 68 buah (tidak melebihi 30 orang)

#2 – Kelantan: 603 buah (Pegawai Masjid sahaja)

#3 – Kedah: 577 buah (tidak melebihi 12 orang)

#4 – Pahang: 635 buah (tidak melebihi 12 orang)

#5 – Negeri Sembilan: 20 buah (tidak melebihi 20 orang)

#6 – Sarawak: 419 buah (tidak melebihi 12 orang)

#7 – Johor: 928 buah (tidak melebihi 12 orang)

#8 – Selangor: 39 buah masjid (tidak melebihi 12 orang) & 390 buah surau (3 orang sahaja)

BACA:  "Ada Tanda-Tanda Awal Kita Berjaya Kekang Penularan Covid-19" – Dr Noor Hisham

#9 – Perlis: 101 buah (tidak lebih 12 orang)

#10 – Perak: 674 buah (tidak lebih 12 orang)

#11 – Terengganu: 8 buah (tidak melebihi 40 orang)

#12 – Sabah: 1050 buah (3 hingga 15 orang sahaja)

#13 – Pulau Pinang: 553 buah (tidak melebihi 40 orang)

#14 – Melaka: 212 buah (tidak melebihi 40 orang)

Jumlah masjid dan surau yang dibuka untuk solat Jumaat di seluruh negara menjadikan ia sebanyak 6277 buah setakat hari ini.

 

Sumber: Twitter Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri via tzkrh.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel