≡ Menu

Ibadah Aqiqah & Qurban, di Dalam atau di Luar Negara?

Ibadah Aqiqah & Qurban, di Dalam atau di Luar Negara

Ibadah Aqiqah & Qurban, di Dalam atau di Luar Negara?

Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan qurban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya yang berada di negeri lain atau kepada penduduk negeri lain yang lebih berhajat kepada daging qurban itu berbanding penduduk di negeri sendiri.

Mazhab Maliki pula berpandangan bahawa tidak diharuskan memindahkannya ke kawasan atau negeri yang jaraknya tidak jauh dari tempat qurban tersebut dilaksanakan, kecuali penduduk kawasan tersebut lebih berhajat daripada penduduk di kawasan atau negeri sendiri.

Mazhab Hanbali dan Syafi’e juga berpandangan seperti Mazhab Maliki. Hukumnya adalah harus menurut mazhab Shafie berasarkan kaedah qiyas dengan pengeluaran zakat di luar Negara di mana sepatutnya didahulukan tempat sendiri.

Di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah memutuskan bahawa harus mengagihkan daging qurban ke tempat atau negara lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Berkenaan melakukan ibadah qurban di luar negara, Sheikh Muhammad bin Muhammad bin Mukhtar al-Shanqiti berpendapat bahawa ibadah qurban di luar negara adalah sah dan pelakunya akan mendapat pahala melakukan ibadat qurban. Tetapi yang afdalnya dilakukan di kawasan tempat tinggalnya. Lebih afdal lagi sekiranya dilakukan ibadat qurban di kawasan kediamannya dan juga di luar negara yang berdepan dengan kesukaran.

Dr. Nazim al-Misbah juga menyokong pandangan ini. Beliau menolak pandangan yang mendakwa ibadat qurban di luar negara adalah sama dengan sedekah biasa. Menurutnya lagi pendapat ini tidak ada dalil yang kuat. Bahkan ia bercanggah dengan fakta yang meyatakan bahawa Rasulullah SAW mewakilkan Sayyidina Ali untuk melakukan penyembelihan qurban baginda ketika Haji Wada’.

BACA:  Dugaan Wukuf di Arafah, Bahang Panas dan Air Mata

Kesimpulan, yang afdal dan hukum asal bagi ibadah qurban ialah dilaksanakan di negeri sendiri. Sekiranya dibuat di luar Negara, tidak menjadi kesalahan. Bagi mereka yang mampu, boleh buat dua-dua sekali.

Aqiqah & Qurban Murah

Ibadah Aqiqah & Qurban Luar Negara

Aqiqah & Qurban Murah (www.aqiqahqurban.com.my) merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Aqiqah & Qurban diluar negara.

Kami berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya untuk menyempurnakan pelaksanaan ibadah-ibadah tersebut dengan lebih mudah, murah serta diyakini di negara-negara yang mana terdapat umat Islam yang lebih memerlukan.

Klik sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran melalui website:

https://aqiqahqurban.com.my

Klik sini untuk bertanya atau terus daftar melalui WhatsApp

https://aqiqahqurban.com.my/wa

Gambar: ibtimes.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel