≡ Menu

Boleh Ke Bayaran Fidyah Digantikan Dalam Bentuk Wang?

Boleh Ke Bayaran Fidyah Digantikan Dalam Bentuk Wang

Fidyah ialah bayaran denda yang dikenakan ke atas mereka yang tidak mampu menggantikan puasa Ramadan disebabkan uzur syarie seperti sakit, hamil dan menyusu atau sudah lama tidak menggantikan puasa sehingga timbulnya Ramadan seterusnya.

Selalunya, bayaran ini akan dilakukan di pejabat agama Islam negeri masing-masing dengan jumlah wang yang bersamaan dengan cupak beras yang perlu dibayar. Kemudian, mereka akan bertindak sebagai wakil untuk memberi makanan kepada fakir miskin.

Nilai bayaran fidyah adalah bergantung kepada nilai makanan asasi di tempat tersebut. Jika di Malaysia, nilainya perlu disamakan dengan cupak beras kerana beras merupakan makanan asasi di sini.

Kadar bayaran fidyah ialah dengan mengira berapa hari seseorang itu meninggalkan puasa dan didarabkan dengan satu cupak beras. Formula kiraannya adalah seperti berikut:

RM4.00 (secupak beras) x 3 hari puasa yang ditinggalkan x 3 kali Ramadan yang terlepas = RM36.00
Maka, jumlah cupak beras yang perlu dibayar ialah RM36 kepada fakir miskin.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Nilai beras itu perlu dilihat kepada nilai semasa di tempat tersebut. Pihak yang berwajib akan memberikan beras tersebut kepada fakir miskin.

Adapun, dalam hal ini, tidak boleh memberikan wang secara terus kepada fakir miskin. Imam Syafi’e menyebut bahawa tidak sah membayar fidyah dalam bentuk wang tunai (harga) sebagai ganti kepada makanan (beras). (al-Hawi al-Kabir, 2/179)

Hal ini adalah berdasarkan dalil dalam firman Allah yang menyebut:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Mafhum: “Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin.”
(Surah Al-Baqarah, 2:184)

Syeikh Sholih al-Fauzan hafizhohullah berkata – “Mengeluarkan fidyah tidak boleh diganti dengan wang sebagaimaa yang disebut. Ia hanya boleh diserahkan melalui makanan yang menjadi makanan asas di daerah tersebut … Jadi, ia perlu diserahkan dalam bentuk makanan sebagaimana yang ditetapkan. Dan tidak boleh diganti dengan wang. Ia adalah berdasarkan firman Allah SWT.” (Al-Muntaqo min Fatawa Syaikh Sholih Al-Fauzan, 3/140)

BACA:  Apakah Hukum Bergambar di Tanah Perkuburan - Mufti Wilayah Persekutuan

Tuntasnya, bayaran fidyah perlu dibayar dalam bentuk beras, iatu makanan asasi di tempat itu. Bayaran yang diberikan kepada wakil yang menguruskannya adalah dibolehkan kerana mereka akan memberikannya dalam bentuk makanan asasi kepada fakir miskin.

Namun, jika anda membayarnya secara terus kepada fakir miskin, maka tidak boleh memberikan dalam bentuk wang.

Wallahu a’alam.

Rujukan: Muslim.or.id

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel