≡ Menu

Lupa Bilangan Solat Untuk Diqadha

Lupa Bilangan Solat Untuk Diqadha

SOALAN :

Jika kita tidak ingat berapa jumlah solat fardu yang telah kita tinggalkan banyak mana yang wajib kita qadha?

JAWAPAN :

Orang yang lupa jumlah bilangan solat fardunya untuk melakukan qadha wajib mengerjakan qadha sampai kepada had sudah diyakini bahawa dia sudah mencukupkan bilangan solat yang perlu diqadha itu.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

من عليه فوائت لا يدري عددها يجب عليه أن يقضي حتى يتيقن براءة ذمته عند الشافعية والحنابلة وقال المالكية والحنفية : يكفي أن يغلب على ظنه براءة ذمته : الفقه على المذاهب الأربعة

Artinya : “Barang siapa yang mempunyai solat yang tertinggal yang dia tidak tahu bilangannya maka wajib atasnya qadha sampai dia yakin telah terlepas dari kewajipannya (yakni sudah yakin jumlah qadhanya sudah melebihi jumlah hutang solatnya) di sisi mazhab Syafie dan Hanbali.
Ada pun disisi mazhab Maliki dan Hanafi sudah memadai dengan berat sangkaannya dia sudah terlepas dari kewajipannya.”

Kesimpulan

Solat yang fardu yang ditinggalkan samada dengan sebab uzur atau tidak adalah wajib diqadha dengan sepakat ulamak mazhab yang empat.

Jika tidak ingat akan bilangannya maka hendaklah dilakukan qadha sehingga dia yakin bahawa bilangan solat qadhanya sudah melebihi bilangan solat yang dtinggalkan.

Jika kurang juga bilangan qadha yang dikerjakan sedangkan dia merasa yakin sudah melebihinya maka dia tidak lagi berdosa.

Jika jumlah qadha melebihi dari jumlah yang ditinggalkan maka jadilah yang lebih itu solat sunat.

BACA:  Anak 8 tahun masih tidur bersama Ibu dan Ayah

wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel