≡ Menu

Lelaki Ini Kongsi ‘Ilmu Pengasih’ Masak Nasi Putih Sedap Macam Di Kedai

Lelaki Ini Kongsi ‘Ilmu Pengasih’ Masak Nasi Putih Sedap Macam Di Kedai

Nasi putih sememangnya menjadi pilihan hati orang ramai tanpa mengira peringkat umur. Baik makan di rumah mahupun di kedai, nasi putih pasti menjadi pilihan teratas.

Namun, jika anda perasan nasi putih di kedai makan agak sedikit lain dan terdapat satu rasa yang berlainan jika dimasak sendiri di rumah. Apakah rahsianya?

‘ILMU PENGASIH’ MASAK NASI PUTIH SEDAP MACAM DI KEDAI

Menjengah ke laman Facebook, saudara Ahmad Shukri Amiruddin telah berkongsi satu tips ‘rahsia’ bagaimana cara untuk masak nasi sedap seperti di kedai makan. Wow!

Selama 25 tahun saya belajar, bekerja, bergelumang dan mencari rezeki melalui perniagaan makanan. Malam ini saya akan bagi ilmu yang paling penting sekali dalam bidang masakan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Saya nak kongsikan ilmu pengasih yang digunakan oleh kebanyakkan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kawin. Kadang-kadang bila kita makan nasi kat kedai memang sedap. Lepas tu orang kata kedai tu pakai jin, pakai bomoh, pakai hantu dan macam-macam lagi.

Perkongsian ilmu pangasih untuk anda. Anda boleh gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap.

– Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Ikutlah berapa kali nak dibaca.

– Masa nak masak nasi. Masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak. Masukkan daun pandan.Kena pandai agak2 supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?

– Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih.

BACA:  Dua Hari Dah Sembuh! Petua Turunkan Kuning Bayi Yang Baru Lahir Dengan Bakawali

– Kalau masak nasi selain nasi putih : Nasi Tomato, Nasi minyak dan lain-lain. Ikutlah cara ini beserta masukkan 3 atau 4 ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik.

Inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak. Saya redha kalau lepas ni ada yang pm saya kenapa ” bodoh sangat” bagitau rahsia ni. Tujuan saya ilmu yang diamalkan, saya akan dapat pahala berterusan. Tak salah kan?

 

Sumber: Facebook Ahmad Shukri Amiruddin via siraplimau.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel