≡ Menu

Cara Potong Buah Oren Bentuk Kiub Untuk Anak, Senang Makan!

Cara Potong Buah Oren Bentuk Kiub Untuk Anak, Senang Makan!

Anak-anak memang suka makan buah. Tambah lagi jika buah tersebut banyak air, lagi puas mereka nak makan. Oleh itu, ibu bapa perlu memilih buah-buahan bersesuai dengan citarasa dan umur anak. Hal ini bagi mengelakkan mereka tercekik ketika makan.

Antara buah kegemaran si manja ialah buah oren. Ibu bapa di luar sana boleh praktikan cara pemotongan buah oren seperti dikongsi oleh Ann Hsni Abu Hassan di laman Facebook. Potong macam tu baru anak senang nak makan. Airnya pun dapat.

Saja nak kongsi cara saya potong buah oren untuk anak. Saya potong kiub sebab:

  • Elak anak hisap jus shj kalau potong bentuk bulan sabit
  • Senang jumpa n buang biji oren

Cara-caranya:

– Buah oren. Pisau mesti tajam ya. Kalau tak panas hati sikit nak potong kulit tu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
DAPURCara Potong Buah Oren Bentuk Kiub Untuk Anak, Senang Makan

– Tadaaaa. Dah tak berbaju. Hati-hati potong macam potong kulit mangga. Lepastu potong kepada 4 bahagian ikut titik tu. Bahagian tengah tu buang. Sebab situ memang keras ya ampun.

DAPURCara Potong Buah Oren Bentuk Kiub Untuk Anak, Senang Makan

– Dah potong 4 bahagian senang nak cabut buang biji.

DAPURCara Potong Buah Oren Bentuk Kiub Untuk Anak, Senang Makan

– Akhir sekali potong kiub atau ikutla saiz macam mana nak memanjang ke menyerong ke menyimpang ke..

DAPURCara Potong Buah Oren Bentuk Kiub Untuk Anak, Senang Makan

– Ini kejadian terakhir. Arya cucuk guna garfu dan makan.

DAPURCara Potong Buah Oren Bentuk Kiub Untuk Anak, Senang Makan

Masa pergi kenduri, oren dipotong bentuk bulan sabit tu, anak nak. Saya bagi. Dia nak lagi potongan kedua, cari-cari la mana kulit yang pertama tadi. Tak jumpa.

BACA:  Berhentilah Dari Menjadi Isteri Dan Ibu Sempurna

Bagi yang kedua tengok dia makan sekali kulit. Ya tuhan ku, ampunkan ibumu anakku. patutla tak jumpa kulit. Jadi bila potong kiub macam ni. Semua dia makan. Kecuali kadang-kadang ada part putih keras, dia luah letak tepi mangkuk.

 

Sumber: Facebook Ann Hsni Abu Hassan via siraplimau.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel