≡ Menu

9 Makanan Proses Yang Sedap Tapi Tak Selamat Untuk Anak Ekzema

9 Makanan Proses Yang Sedap Tapi Tak Selamat Untuk Anak Ekzema

Penyakit kulit Ekzema sering berlaku pada bayi atau kanak-kanak. Penyakit ini akan menyebabkan mereka tidak selesa dengan keadaan kulit kerana terlalu gatal sehingga menyebabkan luka.

Bagi mengelakkan masalah Ekzema terus-terusan berlaku, ibu bapa patut menjaga pemakanan anak kerana penyakit itu boleh terjadi jika tidak mengawal pemakanan. Terdapat 9 jenis makanan proses perlu dielakkan dan tidak selamat untuk anak Ekzema. Nak tahu apa? Ikuti perkongsian di bawah.

9 MAKANAN PROSES YANG SEDAP TAPI TAK SELAMAT UNTUK ANAK EKZEMA

Ekzema adalah penyakit lifestyle, maka soal pemakanan yang perlu dititik beratkan berbanding ubat. Ekzema tiada ubat. Tapi ekzema adalah tentang makan makanan yang sihat dan bersih untuk kulit yang sihat dan kuat.

Makanan yang asli, kurang terproses, mengandungi nutrien sebenar yang tinggi sangat penting untuk kulit berhenti meradang. Manakala makanan yang melalui pemprosesan besar besaran, sehingga hilang rasa asli, dan ditambah pelbagai bahan sintetik lain selalunya mengandungi rendah kadar fiber, vitamin dan mineral serta tinggi garam dan gula

Jika ekzema anak anda sedang di luar kawalan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah hentikan makanan proses, mula beri anak makan real foods. #realfoodsrealhealing

Contoh makanan terproses adalah :

  • Sosej
  • Nuget
  • French fries
  • Bebola ikan
  • Kek ikan
  • Roti inti manis
  • Biskut manis (walaupun gluten free)
  • Kek
  • Gula-gula, lollypop
  • Keropok
  • Megi segera
  • Minuman tin, kotak, kordial
  • Ais krim
  • Cereals
  • Yogurt berperisa
  • Minuman kultur
  • Processed cheese
  • Mee kuning
  • Kicap
  • Sos
  • Mayonis
  • Minuman 3 in 1
  • Kiub pati ayam
  • Susu cair
  • Susu pekat manis
  • Fast foods
BACA:  Influenza Cepat Merebak, Boleh Bawa Maut

PEWARNA, PENGAWAT & PERIMA TAMBAHAN ‘MUSUH UTAMA’

Masalah utama makanan terproses yang menyebabkan radang ekzema sukar shut down adalah pewarna makanan, pengawet makanan, dan perisa tambahan makanan yang tinggi bahan kimia terlarang untuk pastikan rasa makanan ini enak dan tahan lama di rak pasaraya.

Ia tinggi bahan kimia yang bahaya untuk usus. Boleh ganti dengan bihun made of brown rice, atau spaghetti berasaskan buckwheat untuk noodle sihat anak.

Fish cake nampak suci, bila goreng mee dan masak sayur enak sekali, namun jangan beri anak ekzema makan, kesian dia. Setakat kesian dia menangis mintak nak makan, kesian lagi tengok kulit dia tertekan.

Bebola ikan yang putih bersih ini tiada langsung isi ikan sebenar yang berkhasiat, yang ada hanya bahan perasa dan tepung. Sosej perlu dijauhi sama sekali jika sakit kulit.

Kajian menunjukkan kesan pengambilan makanan terproses tanpa kawalan akan menyebabkan keradangan tubuh dan leaky gut. Leaky gut akan mencetuskan keradangan kulit, iaitu ekzema Oleh kerana itulah zaman sekarang, sesiapa pun akhirnya akan kena juga ekzema jika tidak kawal diet harian dari pengambilan makanan terproses di atas setiap hari.

 

Sumber: Facebook Mizhana Padzi

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel