≡ Menu

Masalah Anak Rendah, Penyakit Kurang Nutrisi Atau Genetik?

Masalah Anak Rendah, Penyakit Kurang Nutrisi Atau Genetik?

Setiap kanak-kanak membesar pada kadar ketinggian yang berbeza. Ada yang lebih tinggi manakala ada juga lebih pendek dan semua itu adalah perkara biasa. Namun, adakah ibu bapa sedar bahawa anak yang terlalu pendek mungkin petanda masalah kesihatan yang nyata?

Menerusi laporan Harian Metro, Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin berkata, keturunan iaitu ibu bapa yang pendek adalah salah satu punca anak mereka pendek (faktor genetik).

Walau bagaimanapun, jika segelintir kanak-kanak tidak membesar secepat dan setinggi kanak-kanak lain sebaya mereka, kemungkinan tumbesaran mereka terbantut disebabkan beberapa masalah lain.

MASALAH ANAK RENDAH, PENYAKIT KURANG NUTRISI ATAU GENETIK?

Menurut Dr Muhammad Yazid, tumbesaran terbantut sering disalah anggap sebagai pendek secara semula jadi sedangkan ianya kerana kekurangan nutrisi atau masalah perubatan boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Masalah tumbesaran terbantut dialami ramai kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun di Malaysia. Pada kadar 21.8 peratus, seorang daripada lima kanak-kanak di bawah umur lima tahun di negara ini mengalami tumbesaran terbantut.

“Kadar itu adalah tiga kali lebih tinggi daripada paras tujuh peratus yang dicatatkan di negara-negara berpendapatan sederhana tinggi,” jelasnya.

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar bahawa ketinggian kanak-kanak adalah berkaitan dengan pemakanan, kesihatan dan tumbesaran keseluruhan.

Ibu bapa mungkin sekadar menganggap anak mereka pendek kerana faktor keturunan, genetik atau mengandaikan anaknya akan mencapai ketinggian setanding dengan rakan sebaya ketika usia remaja.

BACA:  Ramai Tak Tahu Manfaat Pokok Tasbih: Sakit Kepala & Migrin, Demam Kuning, Batu Karang, Merawat Cacing Perut

“Sebaliknya, tumbesaran terbantut mungkin menandakan masalah perubatan asas yang boleh membawa kesan besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan dalam hidup kanak-kanak.

“Malah seorang daripada lima kanak-kanak yang pendek mengalami keadaan terbabit kerana faktor perubatan,” katanya.

Kanak-kanak yang tidak membesar pada kadar normal bagi umur mereka mungkin mengalami kekurangan hormon tumbesaran (GHD).

“GHD ialah sebahagian daripada keadaan genetik dalam kalangan sesetengah kanak-kanak tetapi dalam kebanyakan kes, punca kekurangan hormon terbabit adalah tidak diketahui (GHD Idiopatik),” ujarnya.

 

Sumber: Harian Metro via siraplimau.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel