≡ Menu

Kaitan Perhiasan Wanita Bentuk Daun Clover & Kristian

Kaitan Perhiasan Wanita Bentuk Daun Clover & Kristian

SOALAN :

Mintak maaf ustaz. Berkenaan jawapan ustaz dalam video soal jawab agama secara live baru-baru ini beberapa orang netizen yang tidak puas hati bila ustaz mengaitkan bunga clover dengan agama kristian dan trinity. Mereka kata salib atau ajaran kristian tak ada kaitan dengan daun clover.

Ada yang kata ustaz memanda-mandai mengeluarkan hukum dan ada yang mengatakan mungkin ustaz tidak tahu tentang bunga clover itu dan ada juga yang kata ustaz kena pergi belajar lagi hukum agama baru boleh bercakap tentang hukum.

Minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Memang benar saya ada menyebut di dalam kuliyah yang dibuat secara live berkenaan perhiasan bentuk bunga clover.

Bunga clover yang disebut orang itu sebenarnya daun bukannya bunga yang banyak tumbuh di Hemisphere Utara dan nama saintifiknya adalah Trifolium.

Daun clover yang popular dengan panggilan Shamrock di mana ejaan asalnya dalam sebutan irish ialah Seamaróg memang ada kaitan dengan agama kristian dan trinity dan insyaAllah saya sertakan sedikit penerangan dan kaitan dengan kepercayaan Kristian dan konsep trinity sekadar yang saya ketahui tentang daun clover yang bentuknya sekarang ini popular dibuat perhiasan kaum perempuan.

DAUN CLOVER & KONSEP TRINITY

Tersebut pada Wikipedia :

Shamrock the traditional Irish symbol, which according to legend was coined by Saint Patrick for the Holy Trinity is commonly associated with clover.

Artinya : “Shamrock simbol tradisional Ireland yang menurut legenda diciptakan oleh Saint Patrick untuk Holy Trinity biasanya dikaitkan dengan daun clover.”

BACA:  Bagaimana Jika Terlupa Bilangan Puasa Yang Ditinggalkan

Sila rujuk :

https://en.wikipedia.org/wiki/Clover

DAUN CLOVER SEBAGAI SALAH SATU SIMBUL AJARAN GEREJA

Pada buku yang bernama SYMBOLS OF THE CHURCH karangan Carl Van Treeck DI BAWAH TAJUK THE MOST HOLY TRINITY pada muka surat 11 menyebut penganut kristian sekte ajaran St Patrick menjadikan daun clover sebagai asas menerangkan kepercayaan trinity dalam agama Kristian.

Sila rujuk :

https://archive.org/details/in.ernet.dli.2015.89266/page/n29/mode/2up

DAUN CLOVER & SALIB CELTIC

Salib terdapat beratus-ratus jenis rupa dimana salah satunya dikenali sebagai salib Celtic. Salib Celtic dikenali pada hujungnya mengunakan bentuk daun clover.

Leslie McLane menulis dalam Cultural Symbols In Jewelry di bawah tajuk Claddagh :

Jewelry featuring a Claddagh is sometimes used in conjunction with other Irish symbols, most notably the Celtic cross and three leaf clovers called shamrocks.

artinya : “

“Perhiasan yang menonjolkan Claddagh kadang-kadang digunakan bersama dengan simbol Ireland yang lain terutama salib Celtic dan tiga kelopak daun clover yang dipanggil shamrocks.”

Sila rujuk :

https://www.firemountaingems.com/resources/encyclobeadia/charts/f21m

SEJARAH PENGGUNAAN DAUN CLOVER DALAM AJARAN KRISTIAN & TRINITY

Tersebut pada Wikipedia di bawah tajuk Link To St Patrick :

Traditionally, shamrock is said to have been used by Saint Patrick to illustrate the Christian doctrine of the Holy Trinity when Christianising Ireland in the 5th century.

Artinya : “Secara tradisional shamrock dikatakan telah digunakan oleh Saint Patrick untuk menjelaskan doktrin kristian tentang Holy Trinity ketika mengkristiankan penduduk Ireland pada abad ke-5 masehi.”

Sila rujuk :

https://en.wikipedia.org/wiki/Shamrock

KONSEP TIGA TUHAN ADALAH SATU SEPERTI TIGA KELOPAK DAUN CLOVER

Greg Hughes menulis dalam ABC News :

The Trinity holds that God exists as three distinct but coexistent entities: the Father, the Son, and the Holy Spirit. Patrick explained that just as the shamrock was one plant comprised of three leaves, so too was there one God consisting of three dimensions.

BACA:  Pakaian Wanita Berbasikal & Pakaian Sutera Bagi Lelaki

Artinya : “Triniti berpegang bahawa Tuhan wujud sebagai tiga entiti yang berlainan tetapi wujudnya sama yaitu Bapa, Anak dan Ruh Kudus. St Patrick menerangkan bahawa sama seperti clover adalah satu tumbuhan yang ia terdiri dari tiga kelopak daun maka demikian juga ada satu Tuhan yang terdiri dari tiga dimensi.”

Sila rujuk :

https://abcnews.go.com/Lifestyle/leaf-clover-emoji-today/story?id=37726726

Dalam satu tulisan di bawah tajuk Clover Leaf and the Holy Trinity by St. Patrick :

In his preaching of the Holy Trinity, he uses the three-leaf clover: one clover, three lobes. Holy Trinity is a communion of three Persons: the Father, the Son, and the Holy Spirit. Yet, this Trinitarian Communion is but ONE GOD.

Artinya : “Dalam ceramah tentang Holy Trinity dimana St Patrick menggunakan sehelai daun clover berkelopak tiga. Holy Trinity adalah persatuan tiga individu yaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Namun demikian komuniti tiga ini hanyalah satu tuhan.”

Sila rujuk :

https://arjanmarhrebetasworld.blogspot.com/2011/03/clover-leaf-on-simple-analogy-of-holy.html

DAUN CLOVER DAN KEPERCAYAAN PENGANUT KRISTIAN

Nicole Hallenbeck menulis pada blog Villeroy & Boch dibawah tajuk THE SIGNIFICANCE OF THE SHAMROCK :

According to Christian beliefs, Saint Patrick used the shamrock to explain the Holy Trinity to Irish Christian converts. He used each leaf to represent the Father, Son, and Holy Spirit.

Artinya : “Menurut kepercayaan Kristian Saint Patrick menggunakan shamrock (daun clover) untuk menerangkan Holy Trinity kepada penganut Kristian Ireland. Dia menggunakan setiap kelopak daun untuk mewakili Bapa, Anak, dan Roh Kudus.

Sila rujuk :

https://blog.villeroy-boch.com/2019/03/significance-of-the-shamrock/

KEYAKINAN TENTANG DAUN CLOVER TIGA KELOPAK & EMPAT KELOPAK

Menurut St Patrick kelopak daun clover yang tiga menerangkan trinity manaka yang mempunyai empat kelopak menandakan rahmat tuhan.

BACA:  Hukum Membaca Surah yang Sama Pada Kedua-dua Rakaat Solat

Telah menyebut oleh Nikki Tilley tulisannya yang bertajuk What Causes Four Leaf Clovers And How To Find A Four Leaf Clover :

But did you know that St. Patrick is said to have used the three-leaf clover to explain the Holy Trinity to the pagan Irish, and the fourth leaf is believed to represent God’s grace.

Artinya : “Tetapi tahukah anda bahawa St Patrick dikatakan telah menggunakan daun clover tiga kelopak untuk menerangkan Holy Trinity kepada orang pagan (tidak beragama) Ireland dan daun kelopak yang keempat dipercayai mewakili rahmat Tuhan.”

Dan Nikki Tilley menambah :

Additional information points to the four leaves of clover as representing faith, hope, love and luck. And in the Middle Ages, a clover with four leaves not only meant good luck but was believed to grant one the ability to see fairies.

Artinya : “Maklumat tambahan merujuk kepada empat kelopak daun clover yang mewakili iman, harapan, cinta dan nasib baik. Dan pada abad pertengahan daun clover dengan empat kelopak tidak hanya tanda nasib baik tetapi dipercayai menjadikan seseorang berkemampuan untuk melihat pari-pari.”

Sila rujuk :

https://www.gardeningknowhow.com/lawn-care/lawn-substitutes/white-clover/four-leaf-clovers.htm

Diharap penerangan serba ringkas dan ala kadar ini memuaskan hati pihak yang mengajukan soalan dan saya sertakan sedikit foto yang menunjukkan kaitan daun clover dengan ajaran kristian dan salib dan trinity.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel