≡ Menu

Bolehkah Lelaki Solat Di Atas Sejadah Sutera?

Bolehkah Lelaki Solat Di Atas Sejadah Sutera?

Umum mengetahui bahawa ada dua benda yang diharamkan ke atas lelaki, iaitu emas dan sutera. Perkara ini ada disebutkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya;

Maksud: “Sesungguhnya, Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: “Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, no. 935)

Ada pengecualian jika penggunaannya adalah dalam tujuan perubatan atau mungkin juga jika berlakunya darurat. Ada sebuah kisah yang dapat dilihat dalam hal ini, iaitu daripada Abdurahman bin Tarafah;

Maksud: “Bahawa atuknya ‘Arfajah bin As’ad terpotong hidungnya pada hari peperangan Kulab. Kemudian, dia memasang acuan hidung daripada bahan perak lalu baunya busuk dan mengganggu beliau, maka Nabi SAW menyuruhnya mengambil hidung daripada jenis emas.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4232)

Menurut penjelasan ulama, pemakaian sutera itu dibolehkan dalam beberapa keadaan sebagaimana yang disebutkan di atas. Dan hukum memakai sutera juga dapat disimpulkan kepada beberapa bahagian;

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#1 – 100% sutera – hukum memakainya adalah haram.

#2 – 50% sutera yang dicampur 50% kain bukan sutera – hukumnya adalah harus.

#3 – Kadar sutera yang lebih banyak berbanding jenis kain lain – Haram digunakan

#4 – Kadar kain lebih banyak berbanding sutera – Harus penggunaannya.

Walau bagaimanapun, jika ragu-ragu dengan perkara ini, sama ada campuran kainnya ada yang banyak atau sedikit, maka ulama melihat kepada dua hukum berdasarkan pandangan ulama , iaitu:

Syeikh Ibnu Hajar berkata bahawa harus memakainya. Namun, menurut Syeikh Al-Ramli dan al-Khatib al-Syirbini berkata bahawa haram memakainya.

Penggunaan Sejadah Yang Dijahit Dengan Sutera

BACA:  Hukum Mencium Al-Quran Sebelum & Selepas Membaca

Dalam penggunaan sejadah pula, jika ia dijahit dengan seratus-peratus sutera, maka jumhur berpendapat bahawa hukumnya adalah haram untuk digunakan.

Imam Hajar al-Haitami berkata – “Dan diharamkan bagi lelaki untuk menjadikan sutera sebagai pakaian, alas untuk duduk atau bersandar, alas untuk tidur dan segala jenis penggunaan.” (Tuhfah al-Muhtaj, 3/20 dan al-Iqna’, 1/198)

Menerusi pandangan ini, dapat difahami bahawa penggunaan sutera itu diharamkan bukan sahaja ke atas pemakaiannya, namun juga jika digunakan sebagai sejadah, selimut, cadar, jam dan sebagainya.

Jadi, mereka yang bersolat di atas sejadah sutera itu adalah haram. Walau bagaimanapun, solatnya itu adalah sah dan tidak perlu menggantikannya. Cumanya perbuatannya itu sahaja yang dibenci oleh Allah.

Rujukan: Mufti Wilayah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel