SOALAN :
Jika seseorang itu membela anak angkat dari kecil lagi adakah harus diletakan bin atau bintinya dengan nama bapa angkatnya?
JAWAPAN :
Hukum membela anak angkat adalah harus akan tetapi haram diletakkan nama bapanya dengan nama bapa angkat kerana Allah melarang menukar nasab seseorang.
Firman Allah Taala :
وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ذَلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ. ادْعُوهُمْ لآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ
Artinya : “Dan tiada menjadikan oleh Allah akan anak-anak angkat kamu itu sebagai anak kandungmu. Yang demikian itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut-mulut kamu sahaja dan Allah yang berkata dengan yang sebenar. Dan Dia yang menunjukkan kepada jalan yang lurus. Panggillah anak-anak angkat kamu itu dengan menggunakan nama bapa-bapa mereka itu. Yang demikian itulah yang adil di sisi Allah.” (Al-Ahzab : 4 & 5)
Oleh kerana itulah haram hukumnya meletakkan bin atau binti anak angkat itu dengan selain nama bapa kandung mereka.
Amalan memanggil anak angkat dengan berbin atau berbintikan bapa angkat itu adalah amalan jahiliyyah yang telah diharamkan dalam Islam.
Berkata Mufti Jordan Syeikh Nuh Ali Sulaiman :
هذه العمليّة حرام وتُسمَّى التبني، وقد كان التبني معمولاً به في الجاهلية
Artinya : Bermula amalan ini adalah haram dan dinamakkan tabanni (yakni menukar nasab anak angkat). Dan sungguhnya tabanni ini telah diamalkan pada zaman jahiliyah.”
wallahua’lam
ustaz azhar idrus