≡ Menu

Juventus Keluarkan Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi

Menjelang 2019 Piala Super Italia adidas dan Juventus telah berkerjasama dengan artis kaligrafi Arab-Maghribi, Shaker Kashgari, untuk reka bentuk terbaharu dengan nama yang ditulis dalam tulisan jawi.

Baju yang akan dipakai pada Piala Super Itali 2019 di Riyadh, Arab Saudi tersebut merupakan rekaan pertama yang menampilkan kaligrafi tradisional arab.

Jersi edisi terhad dengan budaya arab ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada seni tradisional masyarakat arab.

 

Dalam masa yang sama, Juventus juga mahu merayakan perbezaan yang wujud di dalam pasukan mereka – 14 pemain Juventus hadir daripada latar belakang yang berbeza.

Reka bentuk kaligrafi ini hadir dalam bentuk nama setiap pemain yang ditulis di dalam bahasa arab. Bagi setiap nombor pemain pula dimasukkan perkataan ‘Juventus’ di dalamnya.

Peminat Juventus boleh mendapatkan edisi terhad ini pada 20 hingga 31 Disember ini dan hanya boleh didapati di kedai adidas sekitar Riyadh dan Jeddah.

 

Sumber: thevocket.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  TERKINI: 28 Lagi Kes Terbaru Covid-19 Dilaporkan Di Malaysia