≡ Menu

“Allah, Berilah Kemudahan Buat Saudara Kami,” Khabib Doakan Muslim Uyghur Diberi Kekuatan

Juara dunia Khabib Nurmagomedov mengikuti jejak Mesut Ozil dengan turut mempertahankan muslim Uighur.

Sokongan untuk muslim Uighur dinyatakan Khabib melalui Instagram miliknya. Peninju yang berasal dari Rusia itu telah memuat naik sebuah video berdurasi 6 minit 36 saat mengenai sejarah muslim Uighur.

Pada di bahagian bawah video tersebut Khabib menulis sokongannya untuk muslim Uighur yang dikabarkan telah menjadi mangsa penindasan di wilayah Xinjiang, China.

“Ya Allah, berilah kemudahan untuk para saudara kami, Uighur,” tulis Khabib melalui Insta-story.

Khabib dikenali sebagai peninju muslim yang taat pada agamanya. Khabib merupakan peninju muslim pertama yang mampu merebut gelar juara dunia UFC ketika mengalahkan Al Iaquinta, 7 April 2018.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Khabib dijadualkan bakal mempertahankan gelaran juara dunia kelas ringan UFC miliknya apabila bakal bertembungdengan Tony Ferguson pada UFC 249 di New York, Amerika Serikat, pada 18 April 2020.

Khabib bukan atlet berpengaruh pertama yang mengungkapkan sokongan untuk muslim Uighur. Sebelum ini, bintang Arsenal Mesut Ozil telah menyatakan sokongannya melalui laman Instagram. Mantan pemain Real Madrid itu turut menyebut Xinjiang sebagai Turkistan Timur.

 

Sumber: siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Berita Sedih dari Tanah Suci Kepada Bakal Jemaah Umrah & Haji