≡ Menu

Palestin Hapuskan Semua Perjanjian Dengan Israel dan Amerika

Palestin Hapuskan Semua Perjanjian Dengan Israel dan Amerika

1. Kejutan besar berlaku beberapa jam lalu apabila Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengisytiharkan untuk menamatkan semua perjanjian dengan Israel dan Amerika Syarikat.

2. Keputusan mengejut ini menyaksikan sekurang-kurangnya tiga perjanjian damai antara Palestin dengan Israel dan Amerika terbatal iaitu Oslo Accords (1993), Hebron Agreement (1997) dan Wye River Agreement (1998).

3. Palestin bertegas untuk mencapai kemerdekaan serta haknya melalui siri ‘Arab Peace Initiative’ serta resolusi legitimasi antarabangsa, khususnya Resolusi Majlis Keselamatan 1515, Resolusi 2334 tentang Baitulmaqdis dan petempatan, Resolusi 194 PBB tentang pelarian, serta Resolusi Perhimpunan Agung PBB 19/67 tentang keanggotaan negara Palestin.

4. Sebagai ganti terhapusnya perjanjian Palestin-Israel dan Amerika ini, Mahmoud Abbas menyeru penglibatan kuasa-kuasa lain dalam Kuartet yang dianggotai Rusia, PBB, dan Kesatuan Eropah untuk bersama-sama mengimbangi hegemoni Amerika Syarikat dalam rundingan damai berterusan demi Palestin. Palestin turut menegaskan keyakinan dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

5. Keputusan ini diisytiharkan Mahmoud Abbas susulan terbentuknya kerajaan gabungan Israel antara Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz yang bersepakat untuk merasmikan perampasan wilayah (atau pengilhakan; annexation) Tebing Barat Palestin yang sekarang dijajah secara haram oleh Zionis Israel pada 1 Julai 2020 ini dengan restu Amerika Syarikat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Palestin Hapuskan Semua Perjanjian Damai  Dengan Israel dan Amerika

6. Keputusan Zionis Israel dan sekutu Amerikanya ini merupakan penghinaan tambahan ke atas umat Islam selepas pengumuman peta ‘Deal of the Century’ tajaan Donald Trump pada penghujung Januari lalu. Terbaru, Zionis tambah bersemangat dengan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo baru-baru ini.

7. Kerajaan Palestin juga mengumumkan bahawa mereka berpegang teguh dengan kesepakatan perundangan antarabangsa yang jelas menetapkan sempadan Palestin seperti mana peta 4 Jun 1967 iaitu sebelum Perang 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin yang berdaulat.

BACA:  Kerajaan Pertimbang Beri Pengecualian Pasang “Baby Car Seat” Untuk Keluarga Besar

8. Presiden Mahmoud Abbas menyeru kerajaan di seluruh dunia supaya mengecam pelan ‘Deal of the Century’ serta perasmian penjajahan (pengilhakan) Tebing Barat yang dirancang Zionis dan Amerika ini; ia jelas merupakan jenayah terancang ke atas kedaulatan Palestin.

9. Presiden Mahmoud Abbas menutup ucapan beliau dengan sumpah berikut: “Kami bersumpah demi para pejuang kami yang telah mati syahid serta wira kami yang ditahan di penjara serta yang tercedera, bahawa kami akan kekal setia dengan sumpah setia kami hingga kemenangan, kebebasan, dan kemerdekaan, bersama-sama menaikkan panji Palestin di atas Masjid Al-Aqsa dan Gereja Suci Sepulcher di Baitulmaqdis, yang selama-lamanya merupakan ibu kota negara Palestin kita”.

Sama-sama kita umat Islam di Malaysia mendoakan yang terbaik buat perjuangan saudara kita di bumi Palestin di penghujung Ramadan ini. Sesungguhnya segala yang terjadi di bumi Palestin kini membenarkan janji Allah menjelang akhir Zaman.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel