≡ Menu

Ini Beberapa Kelebihan Petroleum Jelly, Jangan Bazir Duit Pergi Spa!

Ini Beberapa Kelebihan Petroleum Jelly, Jangan Bazir Duit Pergi Spa!

Petroleum jelly telah berada di pasaran sejak 15o tahun lalu dan masih relevan untuk digunakan sebagai bahan sapuan pelbagai guna.

Ia berfungsi sebagai lapisan yang telap pada air dan mampu mengekalkan kelembapan permukaan kulit.

Ianya murah, selamat dan berkesan untuk pelbagai kegunaan. Bukan sahaja bagus dipakai buat perempuan, lelaki juga perlu menjaga keterampilan diri dengan menggunakan petr0leum jelly.

Ini dia beberapa kegunaan petroleum jelly untuk lelaki;

Membantu menyembuhkan luka kecil dan melecur

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jika kulit melecur dan terluka kecil, oleskan petroleum jelly di kawasan luka dan tutup dengan plaster.

Melembapkan kulit tangan, kaki dan tubuh

Petroleum jelly efektif dalam menjaga kelembapan kulit. 0leh itu, rajinkan diri untuk sentiasa mengoleskan petroleum jelly di kulit terutamanya kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.

Melindungi bibir yang pecah

Bibir kering akan menyebabkan bibir pecah-pecah, ia bukan berlaku pada kaum wanita sahaja, lelaki juga begitu. Untuk mengelakkannya, ambil petroleum jelly dan 0leskan di bibir.

Mengurangkan rekahan pada tumit kaki

Ia juga bagus untuk merawat kulit yang merekah. Sapukan petr0leum jelly di kawasan kaki selepas mandi. Atau bersihkan kaki dan biarkan semalaman.

Melegakan ekzema dan psoriasis

Ekzema dan ps0riasis semakin gatal dan teruk apabila kulit semakin kering. Dengan mengamalkan petroleum jelly di tubuh badan selepas mandi membantu dalam akan mengekalkan kelembapan kulit.

Melembapkan kuku

Jangan kata perempuan, lelaki juga perlu menjaga kuku. Ambil petroleum jelly dan sapukan di kawasan kuku agar kuku menjadi lembut dan nampak lebih berkilau daripada biasa.

 

Sumber: rentas.asia 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Kenali 5 Tanda Ketumbuhan Otak Yang Paling Kerap Berlaku : Benign Meningioma